INFO SEMASA
Maklumat Terkini Berkaitan Dengan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
BERITA TERKINI
Dapatkan Perkembangan Terbaru Mengenai Aktiviti AKEPT Hanya Di Sini
MENGUKUR KOMPETENSI, MEMPERKASA KEPIMPINAN MASA HADAPAN
12.09.2026 AKEPT, BANDAR ENSTEK
BANDAR ENSTEK, 12-13 September 2026 - Selesai sudah Modul 7A: Post Graduate Certificate in Leadership Development Need Analysis (LeadDNA) yang berlangsung pada 12–13 September 2026 bertempat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Menerusi modul ini, peserta dapat mendalami secara intensif kaedah Panduan Pengisian BESA untuk memastikan proses penilaian kompetensi kepimpinan dapat dilaksanakan secara lebih objektif, adil, dan berimpak. Antara fokus penting modul ini:CCL vs RCL: Memahami jurang antara Current Competencies Level (kompetensi semasa) dan Required Competencies Level (kompetensi yang diperlukan) untuk menetapkan penanda aras prestasi terbaik.Teknik Penulisan STAR: Menulis naratif peristiwa kompetensi dengan memberi fokus utama kepada Action (60%) dan Result (20%).Pemilihan Peristiwa Signifikan: Mengenal pasti pengalaman sebenar (tempoh 5 tahun ke belakang) yang spesifik, boleh diperhatikan (observable), dan memberi impak nyata kepada kejayaan organisasi.Bukti Objektif & Pengadil: Memastikan setiap naratif disokong oleh dokumen objektif (seperti minit mesyuarat, memo, sijil) atau pengesahan daripada 2 orang pengadil. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah, En. Hisyamuddin Hashim dan En. Azizi Ismail, atas perkongsian ilmu yang sangat berharga dan bermanfaat sepanjang modul ini. Tidak lupa juga buat semua rakan peserta atas kerjasama, komitmen serta perbincangan interaktif yang sangat merangsang minda. Semoga ilmu yang diperoleh dapat kita manfaatkan bersama demi kecemerlangan organisasi. Jumpa lagi di Modul 7B!#LeadDNA #CeTM #AKEPT #KPT #ShapingMindsBuildingLeaders
BENGKEL FOCUS GROUP DISCUSSION TALENT MANAGEMENT FOR EXCELLENCE (FGD TaME)
10.09.2026 AKEPT, BANDAR ENSTEK
BANDAR ENSTEK, 10 September 2026 - Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya melaksanakan Bengkel Focus Group Discussion Talent Management For Excellence (FGD TaME) yang dihadiri oleh para alumni CBTM dari Kohort 1 hingga Kohort 6.Bengkel ini bertindak sebagai platform penting untuk mengumpul maklum balas daripada Alumni TaME bagi memacu kualiti dan relevansi program Competency Based Talent Management (CBTM) ke tahap yang lebih tinggi.4 Tema Perbincangan Strategik Fokus FGD:Peningkatan Modul CBTM: Kandungan, reka bentuk modul, bahan pengajaran dan jurang silibus.Penilaian: Kaedah, rubrik dan realiti tugasan. Inovasi Penyampaian: Kaedah Pengajaran dan kualiti tenaga pengajar.Aplikasi dan Impak: Pemindahan kompetensi & keberkesanan kepimpinan.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh alumni TaME (Kohort 1 hingga 6) atas komitmen serta sumbangan idea yang sangat bernilai. Kehadiran dan pandangan anda adalah nadi utama dalam memacu kecemerlangan program ini ke tahap yang lebih tinggi. Bersama-sama, kita melangkah ke hadapan demi masa depan kepimpinan yang lebih cemerlang! #AKEPT #CeTM #FGDTaME #KPT #ShapingMindsBuildingLeaders
TaME MODUL 11: KERTAS PROJEK – MENGEMBANGKAN POTENSI & MELESTARIKAN AMALAN TERBAIK
15.08.2026 AKEPT, NEGERI SEMBILAN
BANDAR ENSTEK, 15 Ogos 2026 - Selesai sudah penganjuran Modul 11: Kertas Projek bagi program Talent Management for Excellence Kohot 6 (TaME 6.0) Tahun 2025/2026 yang telah berlangsung di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek!
BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (ToT) MODUL TERAMPIL AKEPT
15.07.2026 AKEPT, NEGERI SEMBILAN
BANDAR ENSTEK, 15 - 17 JULAI 2026 - Pada 15 hingga 17 Julai 2026, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah berjaya melaksanakan Bengkel Training of Trainers (ToT) bagi Modul Transforming Administrator into Managers, Practitioners and Leaders (TERAMPIL).
Memperkasa Integriti Penyelidikan Negara: Program Training of Trainers (TOT) Responsible Conduct of Research (RCR) 2026
11.07.2026 AKEPT, NEGERI SEMBILAN
BANDAR ENSTEK, 11 Julai 2026 - Pagi ini telah berlangsungnya majlis pembukaan bagi program Training of Trainers (TOT) Responsible Conduct of Research (RCR), sebuah inisiatif berimpak tinggi anjuran Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) dengan kerjasama strategik AKEPT di Ruang Acara, Aras 2, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek.
