BANDAR ENSTEK, 12-13 September 2026 - Selesai sudah Modul 7A: Post Graduate Certificate in Leadership Development Need Analysis (LeadDNA) yang berlangsung pada 12–13 September 2026 bertempat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).
Menerusi modul ini, peserta dapat mendalami secara intensif kaedah Panduan Pengisian BESA untuk memastikan proses penilaian kompetensi kepimpinan dapat dilaksanakan secara lebih objektif, adil, dan berimpak.
Antara fokus penting modul ini:
- CCL vs RCL: Memahami jurang antara Current Competencies Level (kompetensi semasa) dan Required Competencies Level (kompetensi yang diperlukan) untuk menetapkan penanda aras prestasi terbaik.
- Teknik Penulisan STAR: Menulis naratif peristiwa kompetensi dengan memberi fokus utama kepada Action (60%) dan Result (20%).
- Pemilihan Peristiwa Signifikan: Mengenal pasti pengalaman sebenar (tempoh 5 tahun ke belakang) yang spesifik, boleh diperhatikan (observable), dan memberi impak nyata kepada kejayaan organisasi.
- Bukti Objektif & Pengadil: Memastikan setiap naratif disokong oleh dokumen objektif (seperti minit mesyuarat, memo, sijil) atau pengesahan daripada 2 orang pengadil.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah, En. Hisyamuddin Hashim dan En. Azizi Ismail, atas perkongsian ilmu yang sangat berharga dan bermanfaat sepanjang modul ini.
Tidak lupa juga buat semua rakan peserta atas kerjasama, komitmen serta perbincangan interaktif yang sangat merangsang minda. Semoga ilmu yang diperoleh dapat kita manfaatkan bersama demi kecemerlangan organisasi.
Jumpa lagi di Modul 7B!
#LeadDNA #CeTM #AKEPT #KPT #ShapingMindsBuildingLeaders







