Program Pusat Pengurusan Bakat (CeTM)

Sebagai Pusat Pengurusan Bakat di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia, fungsi teras kami direka secara strategik bagi membantu Kementerian membentuk dan memperkasa masa depan bakat kepimpinan dalam landskap akademik. Di AKEPT, kami bertanggungjawab untuk memprofilkan bakat kepimpinan dengan teliti, mengenal pasti dan memupuk individu dengan potensi luar biasa untuk memastikan Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi dapat diinstitusikan di semua peringkat (institusi dan kebangsaan).

Melalui penciptaan dan penyediaan platform / program yang berimpak seperti ini, AKEPT percaya bahawa ianya dapat membantu AKEPT dan Kemeterian Pendidikan Tinggi dalam memperkasa dan membangunkan bakat dalaman, memupuk budaya persekitaran pembelajaran dan inovasi yang berterusan. Inisiatif rangkaian dan penglibatan AKEPT yang meluas ini dijangka akan dapat menghubungkan AKEPT dengan rakan-rakan pengurusan bakat IPT di seluruh Malaysia serta membantu mewujudkan ekosistem kerjasama yang menguatkan impak pengurusan dan pembangunan bakat secara menyeluruh. Fungsi-fungsi ini secara keseluruhannya diharap akan dapat memacu transformasi positif, memastikan institusi pendidikan tinggi negara dilengkapi dengan pemimpin yang bersedia dari sudut kepimpinan institusi dan kepimpinan instruksional serta sentiasa bersedia untuk mengharungi cabaran pada masa depan.

Berikut adalah antara program-program anjuran Pusat Pengurusan Bakat (CeTM):

  1. Talent Management for Excellence (TaME)
  2. Leadership Development Need Analysis (LeadDNA)
  3. DELIMA
  4. TerAMPIL
  5. Responsible Conduct Of Research (RCR)
  6. National Top Talent (NTT)
  7. Sesi Libat Urus (SLU)
  8. Leadership Cafe
ATAS