BANDAR ENSTEK, 15 Ogos 2026 - Selesai sudah penganjuran Modul 11: Kertas Projek bagi program Talent Management for Excellence Kohot 6 (TaME 6.0) Tahun 2025/2026 yang telah berlangsung di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek!
HASIL PEMBELAJARAN MODUL 11 TaME?
Modul 11 merupakan platform praktikal bagi peserta menterjemahkan kefahaman dan pengalaman mereka sepanjang modul-modul TaME dilaksanakan ke dalam bentuk hasil penulisan ilmiah:
- Perbincangan Kumpulan & Sumbang Saran: Para peserta berkumpul secara berkumpulan untuk berbincang, membedah amalan terbaik (best practices), serta menyusun idea secara strategik berasaskan konteks universiti awam.
- Penulisan Artikel & Dokumen Projek: Peserta bekerjasama secara intensif bagi menaip dan menyiapkan draf penulisan mengikut format serta tatacara penulisan yang telah ditetapkan.
- Semakan & Penyerahan Hasil Kerja: Draf artikel disemak dan dibentangkan untuk penambahbaikan sebelum diserahkan secara rasmi sebagai syarat penuhan program.
- Penerbitan Buku Kompilasi: Segala penulisan berkumpulan yang dihasilkan dan terpilih akan didokumentasikan untuk diterbitkan dan menajdi rujukan kepimpinan pendidikan tinggi masa hadapan!
Syabas dan tahniah kepada semua peserta TaME 6.0 atas komitmen, semangat kerja berpasukan, dan kepakaran yang dicurahkan sepanjang Modul 11 ini. Semoga ilmu dan hasil penulisan yang dihasilkan memberi impak besar kepada pembangunan bakat di IPT! ????
#AKEPT #CBTM6 #TaME6 #Modul11 #KertasProjek #PengurusanBakat #UniversitiAwam #MemimpinYangTerpimpin #PembangunanKepimpinan #HigherEducation






