BANDAR ENSTEK, 10 September 2026 - Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya melaksanakan Bengkel Focus Group Discussion Talent Management For Excellence (FGD TaME) yang dihadiri oleh para alumni CBTM dari Kohort 1 hingga Kohort 6.
Bengkel ini bertindak sebagai platform penting untuk mengumpul maklum balas daripada Alumni TaME bagi memacu kualiti dan relevansi program Competency Based Talent Management (CBTM) ke tahap yang lebih tinggi.
4 Tema Perbincangan Strategik Fokus FGD:
- Peningkatan Modul CBTM: Kandungan, reka bentuk modul, bahan pengajaran dan jurang silibus.
- Penilaian: Kaedah, rubrik dan realiti tugasan.
- Inovasi Penyampaian: Kaedah Pengajaran dan kualiti tenaga pengajar.
- Aplikasi dan Impak: Pemindahan kompetensi & keberkesanan kepimpinan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh alumni TaME (Kohort 1 hingga 6) atas komitmen serta sumbangan idea yang sangat bernilai. Kehadiran dan pandangan anda adalah nadi utama dalam memacu kecemerlangan program ini ke tahap yang lebih tinggi. Bersama-sama, kita melangkah ke hadapan demi masa depan kepimpinan yang lebih cemerlang!
#AKEPT #CeTM #FGDTaME #KPT #ShapingMindsBuildingLeaders










