Pusat Pembangunan Kepimpinan (CLD) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) memainkan peranan penting dalam membentuk dan memperkukuhkan kepimpinan dalam kalangan warga pendidikan tinggi melalui pelaksanaan tiga fungsi utama. Dalam merancang modul latihan, CLD menitikberatkan kepelbagaian kompetensi peserta untuk memastikan penyampaian bahan teori yang efektif dan memahami konsep sebelum berinteraksi secara langsung.
Dalam Kepimpinan Master Trainer dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Instruksional), CLD terlibat dalam mengenal pasti keperluan kompetensi kepimpinan akademik, merancang program latihan, dan menyusun modul instruksional yang memberi tumpuan kepada aspek teori dan aplikasi praktikal kepimpinan akademik.


Dalam Kepimpinan Pentadbiran dan Pengurusan Akademik (Institusional), CLD mengurus perancangan dan pelaksanaan program kepimpinan dengan menekankan pengembangan kompetensi dalam konteks pentadbiran dan pengurusan akademik di pelbagai jenis Institusi Pendidikan Tinggi. CLD juga memantau pelaksanaan, memastikan penyelarasan teori dengan aplikasi praktikal, untuk memenuhi keperluan kompetensi dalam senario Institusi Pendidikan Tinggi yang berbeza.
Dengan menyelaraskan tugas-tugas ini, CLD AKEPT berusaha mencipta persekitaran pembelajaran yang holistik dan berdaya maju, membentuk generasi pemimpin pendidikan tinggi yang berkualiti, relevan, dan dilengkapi dengan kecekapan komprehensif.
