BANDAR ENSTEK, 11 Julai 2026 - Pagi ini telah berlangsungnya majlis pembukaan bagi program Training of Trainers (TOT) Responsible Conduct of Research (RCR), sebuah inisiatif berimpak tinggi anjuran Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) dengan kerjasama strategik AKEPT di Ruang Acara, Aras 2, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek.
Program yang berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026, dihadiri seramai 20 orang peserta. Ucapan alu-aluan telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Ummu Atiyah binti Ahmad Zakuan, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Kepimpinan dan Jangkauan Global, AKEPT. Program ini turut diserikan dengan sesi pengenalan oleh Pengerusi, National Committee on Research Integrity (NCRI), Academician Professor Emeritus Datin Paduka Dr Khatijah Mohd Yusoff FASc.
Semoga kesemua peserta yang terpilih pada edisi kali ini dapat menimba ilmu yang berharga melalui pelbagai modul yang disediakan dan seterusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan dalam menyuburkan budaya integriti dan etika penyelidikan di institusi masing-masing!
#AKEPT #YSNASM #AkademiSainsMalaysia #IntegritiPenyelidikan #RCR2026 #MalaysiaMadani #PenyelidikanBerkualiti













