BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (ToT) MODUL TERAMPIL AKEPT

Program CeTM      15 Julai 2026      AKEPT, NEGERI SEMBILAN    

BANDAR ENSTEK, 15 - 17 JULAI 2026 - Pada 15 hingga 17 Julai 2026, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah berjaya melaksanakan Bengkel Training of Trainers (ToT) bagi Modul Transforming Administrator into Managers, Practitioners and Leaders (TERAMPIL).

Inisiatif ini memfokuskan kepada penyediaan kumpulan penyampai modul yang berkaliber, terdiri daripada barisan pegawai terpilih dari MASTI. Kolaborasi strategik ini bertujuan untuk membantu AKEPT memperkasakan bakat pentadbir muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara menyeluruh menerusi pembangunan kompetensi kepemimpinan serta pengurusan kerjaya yang mampan.

#AKEPT #TERAMPIL #MASTI #KepimpinanIPTA #PendidikanTinggiAwam #TransformasiPentadbir

ATAS