Kata Aluan Pengarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya yang terus memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan usaha memperkasa kepimpinan dalam pendidikan tinggi negara. Sebagai institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, AKEPT sentiasa komited dalam mendukung aspirasi nasional untuk melahirkan kepimpinan yang berintegriti, berdaya tahan dan berpaksikan nilai.

AKEPT berperanan sebagai pusat pembangunan kepimpinan yang strategik bagi membina modal insan unggul di peringkat institusi pendidikan tinggi. Melalui pelbagai program, latihan dan inisiatif berimpak tinggi, AKEPT berhasrat membentuk barisan pemimpin akademik dan pentadbiran yang bukan sahaja cemerlang dalam kepakaran masing-masing, tetapi juga mempunyai jiwa kepemimpinan yang inklusif, beretika dan berpandangan jauh.

Selaras dengan tema “Shaping Minds, Building Leaders”, AKEPT terus memperkukuh agenda transformasi kepimpinan berteraskan nilai, inovasi dan kemanusiaan. Fokus kami adalah memastikan kepimpinan pendidikan tinggi Malaysia kekal relevan, progresif dan berdaya saing di peringkat global.

Saya yakin bahawa melalui semangat kolaborasi, budaya ilmu dan komitmen berterusan, AKEPT akan terus menjadi pemangkin utama dalam memperkasa ekosistem kepimpinan pendidikan tinggi negara  ke arah pembentukan Malaysia MADANI yang lestari dan berdaya tahan.

Sekian, terima kasih.

“Shaping Minds, Building Leaders.”

PROF. DR. HARSHITA AINI BINTI HAROON
Pengarah
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)

ATAS