Kursus Pemantapan EKSA dan Pengenalan EKSA DIY AKEPT

EKSA      18 April 2024      Auditorium AKEPT    

Kursus Pemantapan EKSA dan Pengenalan EKSA DIY AKEPT telah diadakan pada 18 April 2024 di Auditorium AKEPT dengan kehadiran 43 orang pegawai. Fasilitator EKSA AKEPT, Encik Mohd Hazizul bin Selamat Yaacob dari Bahagian Perancangan Strategik KPT telah dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam melaksanakan EKSA di peringkat kementerian.

Selain itu, para peserta juga terlibat secara aktif dalam sesi simulasi pengauditan kendiri yang telah  memberikan pendedahan tentang penemuan audit dan perbincangan cadangan penambahbaikan dilaksanakan secara responsif.

ATAS