Training of Trainers (TOT): Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) (Level 1)

Program CLD      31 Mac 2026      AKEPT    

Training of Trainers (TOT): Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) (Level 1) 

31 Mac – 2 April 2026 | AKEPT, Bandar Enstek

Satu anjakan paradigma dalam memperkasakan pendidikan tinggi telah berjaya dilaksanakan! Seramai 51 orang peserta—terdiri daripada 25 wakil Universiti Awam (UA) & JPPKK serta 26 wakil Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)—telah menamatkan program Training of Trainers (TOT) Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) Tahap 1.

 Inovasi Modul: Integrasi Elemen AI

Keunikan TOT kali ini menyaksikan langkah proaktif AKEPT dalam menambah baik pengisian sedia ada. Menyedari arus perdana teknologi, elemen Kecerdasan Buatan (AI) telah diterapkan secara inklusif bagi memastikan para "SULAM Champions" bukan sahaja mahir dalam khidmat komuniti, malah kompeten dalam menggunakan teknologi masa hadapan.

Sorotan Utama Modul:

? Melalui modul yang telah ditambah baik ini, para peserta menguasai:

? Strategi Integrasi SULAM & AI: Mengadun kurikulum dan reka bentuk projek dengan bantuan peralatan digital untuk impak yang lebih sistematik.

? Kolaborasi Penta Helix: Membina jambatan kerjasama antara universiti, industri, kerajaan, komuniti, dan NGO.

? Advokasi Perubahan: Menjadi penggerak sistem sokongan SULAM di peringkat institusi masing-masing.

? Amalan Reflektif Kritikal: Menilai keberkesanan projek demi penambahbaikan berterusan.

Barisan Tenaga Penggerak & Penceramah:

Program ini dimantapkan lagi dengan perkongsian daripada pakar-pakar industri dan akademik:

???? Penceramah Jemputan Khas: YBrs. Dr. Muhammad Firdaus Sahran (Universiti Malaya)

Topik: Google AI Integration in SULAM Context & AI-Driven Project Organization. Beliau mengupas bagaimana AI mampu mengoptimumkan pengurusan projek komuniti agar lebih efisien dan berimpak tinggi.

???? Prof. Dr. Nurhafezah Binti Yusof (Universiti Utara Malaysia)

???? Prof. Dr. Farrah Dina Binti Yusop (Universiti Malaya)

???? Dr. Serit Banyan (Swinburne University of Technology Sarawak Campus)

???? Harapan Masa Depan

Melalui integrasi elemen AI dan pemantapan strategi SULAM, diharapkan para peserta kini bersedia memimpin inisiatif yang bukan sahaja menyentuh hati masyarakat, malah relevan dengan kepesatan teknologi dunia. Syabas kepada semua ejen perubahan!

ATAS