Kursus Jurulatih Utama Untuk Modul Training of Trainers (TOT): Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) (ILPB09) telah dilaksanakan di AKEPT, Negeri Sembilan mulai 28 April 2025 (Isnin) hingga 30 April 2025 (Rabu).
Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran penting yang diperlukan bagi membentuk pemimpin pendidikan tinggi negara. Kursus ini telah dihadiri seramai 30 peserta daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Universiti Awam (UA).
Turut hadir dalam kursus ini adalah YBrs. Prof. Dr. Rosna binti Awang Hashim, Professor, Universiti Utara Malaysia merangkap Ketua Modul Kepimpinan Instruksional dan Mantan Pengerusi Jawatankuasa Strategik SULAM Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).




