Kunjungan Strategik AKEPT Perkukuh Jalinan Bersama KUIJSI

Program CeTM      3 Julai 2026      KUIJSI, Johor Bahru    

JOHOR BAHRU, 3 Julai 2026 – YBrs. Prof. Madya Dr. Azmul Fahimi Kamaruzzaman, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Kepimpinan (CLD) yang juga menanggung tugas sebagai Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Bakat (CeTM) AKEPT, hari ini disantuni oleh Rektor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI), YBrs. Prof. Madya Dr. Hussin bin Salamon sempena kunjungan strategik ke kolej universiti Islam milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). 

Pertemuan ini bertujuan memanifestasikan agenda Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 menerusi pemantapan pengurusan bakat, peningkatan kapasiti kepimpinan kontemporari, serta sinergi institusi yang mampan.

Semoga perkongsian strategik ini terus memperkukuh ekosistem pengajian tinggi negara dalam melahirkan barisan bakat yang kalis masa hadapan (future-proof) demi memacu kesejahteraan negara.

#AKEPT #KPT #KUIJSI #MARSAH

ATAS