SESI SERAH TUGAS TIMBALAN PENGARAH PUSAT PEMBANGUNAN BAKAT (CeTM) AKEPT

Program CeTM      16 Februari 2026      AKEPT    

SESI SERAH TUGAS TIMBALAN PENGARAH PUSAT PEMBANGUNAN BAKAT (CeTM) AKEPT
????? 16 Februari 2026 (ISNIN)
???? Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan
Sesi Serah tugas kepada Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Prof. Dr. Harshita Aini Binti Haroon telah diadakan pada 16 Februari 2026 di Bilik Mesyuarat, AKEPT.
YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah Bin Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Din telah bertugas di AKEPT dari 7 Mac 2022 hingga 28 Februari 2026. Pak Din akan menghabiskan kelayakan cuti tahunan beliau, sebelum meneruskan tugas beliau di tempat baharu.
Turut hadir bagi menyaksikan sesi tersebut adalah Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Kepimpinan (CLD), Prof. Madya Dr. Azmul Fahimi Bin Kamaruzaman, Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan Kepimpinan dan Jangkauan Global (CRO), Prof. Madya Dr. Ummu Attiyah Binti Ahmad Zakuan, dan Pendaftar, AKEPT, Encik Muhamad Bin Kamalal Hashir.
Seluruh Warga AKEPT mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas jasa dan kepimpinan yang dicurahkan sepanjang bertugas di AKEPT. Selamat Maju Jaya dan Semoga terus cemerlang ditempat baharu.
ATAS