BeSTARI LeadDNA Khas UTeM: Memacu Kelestarian Kepimpinan Masa Hadapan

Program CeTM      10 Mac 2026      GRAND SWISS-BELHOTEL, MELAKA    

BeSTARI LeadDNA Khas UTeM: Memacu Kelestarian Kepimpinan Masa Hadapan

Melaka, 8 Mac — Program Bench Strength Talent Assessment & Reporting Initiative (BeSTARI) Khas: Leadership Development Need Analysis (LeadDNA) melibatkan warga Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) telah berlangsung dengan jayanya di Grand Swiss-Belhotel Melaka pada 6 hingga 8 Mac 2026.
Anjuran AKEPT melalui Pusat Pemprofilan Kepimpinan dan barisan Felo BeSTARI, program ini menghimpunkan 48 pegawai akademik dan pentadbir berpotensi tinggi bagi:

  • Mengenal pasti kompetensi kepimpinan melalui garis asas (baseline) yang tepat.
  • Memperkukuh pelan penggantian strategik bagi memastikan kelestarian kepimpinan UTeM.
  • Menginstitusikan Competency Based Talent Management (CBTM) dalam ekosistem IPT.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UTeM, para peserta, dan Felo BeSTARI AKEPT atas komitmen luar biasa dalam menjayakan agenda transformasi bakat kepimpinan pendidikan tinggi negara.
ATAS