PEKAN, 7 Julai 2026 - Bicara Kepimpinan dan Leadership Cafe anjuran UMPSA telah diadakan pada 7 Julai 2026. Program ini dihadiri oleh Prof. Ts. Dr. Kamal bin Yusoh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Puan Malina binti Mamat, Penasihat Undang-Undang dan Cik Kamariah Gono, Ketua Pustakawan. Seramai 250 orang peserta telah menghadiri kedua-dua program ini.
Lanskap baharu pendidikan tinggi menuntut anjakan strategik yang proaktif. Ikuti rangkuman perkongsian utama daripada Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), menerusi dua pengisian eksklusif:
- Bicara Kepimpinan: "Growing Leaders, Sustaining Institutions"
- ?Cabaran Global: Keperluan kritikal perancangan penggantian pemimpin bagi mendepani gangguan seperti transformasi digital kecerdasan buatan (AI), kelestarian kewangan dan pengekalan bakat.
- ?Kepimpinan Teragih (Distributed Leadership): Peralihan daripada model berorientasikan jawatan kepada ekosistem yang dinamik dan mengutamakan manusia.
- Leadership Multiplication Effect: Melahirkan pemimpin masa depan yang berpaksikan matlamat menerusi pembudayaan pementoran serta akauntabiliti bersama.
- Leadership Cafe: Transformasi Pengurusan Bakat AKEPT
- Pendekatan Proaktif: Penilaian objektif berasaskan kompetensi teras dan analisis jurang untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Individu (IDP) yang disasarkan.
- ?Sinergi Dua Hala: Gabungan komitmen tinggi calon bakat (melalui bimbingan dan projek mencabar) serta sokongan telus pihak pengurusan.
- Kompas Strategik: Pendekatan berorientasikan data empirikal ini memastikan individu yang tepat dengan kemampuan yang tepat berada di tempat yang tepat demi kelangsungan organisasi yang holistik.
?#AKEPT #BicaraKepimpinan #LeadershipCafe #PengurusanBakat #FutureReadiness #KepimpinanTeragih




