Leadership Cafe: Nurturing Leadership and Xenodochial Network (NeXt) sempena Sesi Telaah AKEPT

Program CeTM      15 April 2026      DALAM TALIAN - GOOGLE MEET    

Mastering the Seat! Program Leadership Cafe: Nurturing Leadership and Xenodochial Network (NeXt) serta sesi Telaah AKEPT telah berjaya dilaksanakan pada 15 April 2026 dengan penglibatan seramai 129 peserta secara dalam talian.

Program ini memfokuskan kepada kupasan buku oleh Dr. Muhamad Tasyrif Ghazali bertajuk "Pelan Penggantian: Strategi Peralihan Kepimpinan dan Kestabilan Organisasi" yang disampaikan oleh mantan Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Bakat, YBrs. Prof. Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah. Kandungan kupasan ini menterjemahkan strategi dalam membina kesediaan pemimpin masa hadapan bagi menjamin kestabilan dan kecemerlangan tadbir urus organisasi secara berterusan. Disamping itu juga, sesi turut menyelitkan perkongsian proses dan maklumat pemprofilan kepimpinan pendidikan tinggi yang dilaksanakan oleh AKEPT.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas komitmen padu yang diberikan. 

Semoga input yang diperolehi menjadi pemangkin kepada transformasi kepimpinan yang lebih dinamik.

#AKEPT #LeadershipCafe #NeXt #TelaahAKEPT#KepimpinanTinggi #KementerianPendidikanTinggi #MalaysiaMADANI

ATAS