Memperkasa Kepimpinan Ahli Akademik: Bengkel Penambahbaikan Modul DELIMA Tahun 2026.

Program CeTM      18 Jun 2026      AKEPT, NEGERI SEMBILAN    

Bandar Enstek, 20 Jun 2026 – Bengkel Penambahbaikan Modul DELIMA yang berlangsung dari 18 hingga 20 Jun 2026 di AKEPT telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Bengkel intensif ini memfokuskan kepada usaha memurnikan kandungan modul DELIMA agar kekal relevan dalam melonjakkan potensi ahli akademik di awal kerjaya. Kandungan yang telah ditambah baik ini akan diserahkan kepada pihak AKEPT untuk penelitian lanjut sebelum digunakan secara rasmi.


4 Fokus Utama Program DELIMA:


- Refleksi Kendiri: Mencetuskan kesedaran ahli akademik muda mengenai kompetensi kepimpinan yang diperlukan.

- Ciri Ideal: Menyediakan pengenalan komprehensif tentang profil ahli akademik yang cemerlang.

- Anjakan Minda: Memangkin perubahan budaya kerja daripada business-as-usual kepada berorientasikan misi (mission-oriented).

- Pelan Hala Tuju (Roadmap): Menyediakan panduan kursus dan kerangka kerja berstruktur yang ditawarkan oleh AKEPT dan ASM.


Pihak AKEPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pasukan pembangun modul terutama sekali kepada pasukan Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) atas sumbangan idea, komitmen dan usaha murni dalam memastikan objektif bengkel ini tercapai sepenuhnya. Demi kelestarian bakat akademik negara!


#AKEPT #ModulDELIMA #KepimpinanAkademik #SinergiPendidikan #HigherEducation

ATAS