Perbincangan Kolaborasi Latihan Kepimpinan Antarabangsa AKEPT bersama Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU)

Program AKEPT      13 Ogos 2024      AKEPT, Negeri Sembilan    

AKEPT telah mengadakan perbincangan secara dalam talian bersama pihak Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Indonesia yang dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT. Perbincangan ini menandakan permulaan bagi sebuah kolaborasi antarabangsa yang bakal memfokuskan kepada pembangunan latihan kepimpinan staf akademik dan pentadbiran UMSU. Usaha ini diharapkan akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala kedua institusi dan kedua-dua negara, amnya, serta menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kecemerlangan kepimpinan dalam bidang pendidikan tinggi di rantau ini. Antara wakil UMSU yang hadir perbincangan ini adalah YBrs. Prof. Dr. Akrim, Puan Rafieqah Nalar Rizky dan Puan Eri Yanti Nasution.

ATAS