Siri Telaah AKEPT 2026 - “Keseimbangan Kerja & Kehidupan - Bukan Pilihan,Tapi Keperluan”

Program AKEPT      17 April 2026      Sudut Telaah, Lobi KPT    

“Keseimbangan Kerja & Kehidupan - Bukan Pilihan,Tapi Keperluan”

Alhamdulillah, siri program Telaah anjuran AKEPT yang berlangsung pada 17 April 2026 di Sudut Telaah, Lobi KPT telah berjalan dengan jayanya dan padat dengan input yang sangat bermanfaat.

Sesi kali ini menampilkan Puan Norezzati binti Md Hanafiah, Pegawai Psikologi dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM. 

Beliau telah mengupas secara mendalam tentang bagaimana mengimbangi tuntutan kerjaya tanpa mengabaikan kesejahteraan peribadi.

Antara perkongsian menarik yang mencuri tumpuan 30 orang peserta yang hadir:

•Pengurusan Masa yang Efektif: Setiap individu perlu bijak menilai dan menetapkan sempadan masa yang jelas—iaitu bila masanya untuk fokus menyelesaikan tugasan hakiki dan bila pula masa berkualiti perlu diberikan sepenuhnya kepada keluarga.

•Teknik 'Deep Breathing': Penceramah turut mendemonstrasikan teknik pernafasan dalam (Deep Breathing) sebagai kaedah pantas dan berkesan untuk meredakan tekanan serta mengembalikan fokus di tengah kesibukan kerja.

•Kupasan daripada Pengalaman Klinikal: Berdasarkan pengalaman luas beliau mengendalikan pelbagai kes klien, Puan Norezzati berkongsi realiti sebenar tentang peri pentingnya menjaga kesihatan mental sebelum ia memberi kesan buruk kepada prestasi kerja dan kebahagiaan hidup.

Program ini menjadi peringatan penting buat kita semua bahawa produktiviti yang cemerlang bermula daripada minda yang tenang dan kehidupan yang harmoni.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan dan semua pegawai yang hadir memberikan komitmen sepanjang sesi. Semoga ilmu dan teknik yang dikongsikan dapat dipraktikkan dalam rutin seharian kita!

#AKEPT 

#Telaah 

#WorkLifeBalance 

#KPT

ATAS