ALOR SETAR, 9 Julai 2026 – Alhamdulillah, kemuncak agenda memperkasakan bakat kepimpinan pendidikan tinggi negara diteruskan dengan kejayaan pelaksanaan Sesi Libat Urus Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) bersama barisan pengurusan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institusi Pendidikan Tinggi Negeri (IPTN) bagi Wilayah Utara.
Program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, Albukhary International University (AIU) ini menjadi medan pertemuan yang sangat bermakna bagi wakil tiga (3) IPTS dan tiga (3) IPTN. Majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik) AIU, Profesor Dr. Haji Mohamad Abdullah bin Hemdi selaku tuan rumah bersama, sebelum disusuli dengan ucapan serta perkongsian oleh Pengarah AKEPT, YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon.
Sepanjang sesi taklimat dan soal jawab, pelbagai pertukaran idea dan buah fikiran yang membina telah dikongsikan secara terus antara pihak AKEPT dengan wakil-wakil kepimpinan IPTS dan IPTN. Hal ini amat bertepatan dengan matlamat utama untuk mengukuhkan jaringan kerjasama yang padu antara AKEPT dengan institusi pendidikan swasta dan negeri.
Pihak AKEPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak AIU atas penyediaan fasiliti dan kerjasama yang amat cemerlang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua perwakilan daripada AIU, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Quest International University (QIU), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) dan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) atas komitmen dan kehadiran pada hari ini.
Semoga sinergi dan kesepakatan yang terjalin pada hari ini akan terus memacu kecemerlangan ekosistem pendidikan tinggi di Malaysia. Teruskan menyokong inisiatif AKEPT!
#AKEPT #KepimpinanPendidikanTinggi #IPTS #WilayahUtara #AIU #MalaysiaMadani #PendidikanTinggiMalaysia #SinergiPendidikan















