WACANA KEPIMPINAN AKEPT SIRI 1 TAHUN 2026

Program CLD      14 April 2026      Dewan Utama, AKEPT    

WACANA KEPIMPINAN AKEPT SIRI 1 TAHUN 2026

"MEMBANGUN GENERASI BAHARU KEPIMPINAN IPT"

14 April 2026 | Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Alhamdulillah, buat julung kalinya AKEPT memulakan inisiatif program Wacana Kepimpinan AKEPT. Program ini merupakan pentas berprestij bagi tokoh dalam pelbagai bidang untuk berkongsi pengalaman, idea dan gagasan mereka tentang kepimpinan. 

Untuk siri pertama ini, AKEPT menampilkan tokoh veteran politik yang kini merupakan Pro-Canselor UiTM iaitu Tan Sri Idris Jusoh. AKEPT berbesar hati menerima kehadiran Tan Sri untuk berkongsi pengalaman sebagai ahli politik kanan yang pernah menerajui pentadbiran negeri dan anggota pentadbiran persekutuan. Antara yang menarik diutarakan oleh Tan Sri adalah penekanan bahawa institusi pendidikan tinggi perlu berani untuk berubah dan mencabar kelaziman terutamanya dalam konteks hubungan di antara IPT dan pihak industri bagi memastikan dunia pendidikan tinggi negara kekal relevan pada kaca mata komuniti industri. 

Penganjuran wacana ini diadakan bersempena dengan penganjuran modul kepimpinan institusi: Dasar Negara dan Pengajian Tinggi yang melibatkan 50 pegawai kanan daripada universiti awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti.

InsyaAllah, nantikan Siri Kedua Wacana Kepimpinan AKEPT yang bakal menampilkan lebih ramai tokoh penting dalam landskap pendidikan tinggi negara!

ATAS