University Leaders Entrepreneurial Educators’ Bootcamp (UniLEEB)

Program AKEPT      12 Januari 2023      Pattani dan Hatyai, Thailand    

Program UniLEEB Kohot 3 (Siri 2) telah diadakan pada 12 hingga 16 Januari 2023 di Pattani dan Hatyai, Thailand. Program ini dianjurkan oleh AKEPT dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Prince of Songkla University (PSU) ini disertai oleh 17 peserta daripada pelbagai universiti awam dan swasta seluruh negara yang merupakan sambungan Siri 1.

Pengisian bagi siri ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UMK merangkap Ketua Program UniLEEB, YBrs. Prof. Dr. Farok Zakaria daripada PSU dan Encik Nik Masrul Hisyam Nik Muhammad, Timbalan Pengarah, Unit BioEkonomi Kitaran, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Peserta bagi siri ini juga telah didedahkan dengan lawatan ke perusahaan industri kecil di sekitar Pattani bagi meningkatkan pengetahuan peserta dan mencadangkan projek yang boleh memberi nilai tambah kepada perusahaan tersebut. Semoga peserta mendapat manfaat daripada siri ini untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

AKEPT mengucapkan terima kasih kepada semua peserta, sekretariat, penceramah dan fasilitator yang telah menyumbang idea dan tenaga bagi menjayakan pelaksanaan program UniLEEB ini.    

ATAS