LAWATAN PENANDA ARAS BAHAGIAN PEMBANGUNAN BAKAT UKM KE AKEPT: MEMACU KELESTARIAN BAKAT

Program CeTM      23 Januari 2026      AKEPT, NEGERI SEMBILAN    

23 Januari 2026

AKEPT, Bandar Enstek


AKEPT berbesar hati menerima lawatan penanda aras daripada Bahagian Pembangunan Bakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bandar Enstek pada 23 Januari 2026.

Delegasi UKM yang diketuai oleh Encik Saidi Ismail, Timbalan Pendaftar Bahagian Pembangunan Bakat, telah disambut mesra oleh Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah Abdullah, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Bakat AKEPT.

Sesi ini memfokuskan kepada perbincangan kerjasama strategik bagi memacu kelestarian dan kecemerlangan bakat di UKM. Inisiatif ini selari dengan mandat AKEPT di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, khususnya dalam menerajui Lonjakan 2: Bakat Berprestasi Tinggi Dipacu Matlamat.

Terima kasih UKM atas komitmen dalam memperkasakan agenda pembangunan modal insan pengajian tinggi negara.


#AKEPT #UKM #PembangunanBakat #HigherEducation #RPTM2026 #Lonjakan2 #KepimpinanIPT

ATAS