PEMERKASAAN STANDARD PENILAIAN KOMPETENSI KEPIMPINAN PENDIDIKAN TINGGI
13 - 14 Disember 2025 | AKEPT
AKEPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan penilai BeSTARI dari pelbagai Universiti Awam (UA) atas komitmen serta kerjasama menjayakan Program Pemukiman Penilai BeSTARI Khas yang telah berlangsung pada 13 dan 14 Disember 2025.
Penganjuran program ini bermatlamat untuk membugarkan dan memperkukuh tatacara serta kaedah penilaian kompetensi kepimpinan pendidikan tinggi di peringkat nasional. Melalui sesi ini, pelbagai pandangan strategik dan input penambahbaikan telah diperoleh bagi memantapkan proses penilaian sedia ada.
Hasil perbincangan ini akan diterjemahkan kepada pembentukan dokumen proses rujukan yang bakal dijadikan piawaian standard baharu bagi penilaian BeSTARI AKEPT. Langkah ini amat kritikal bagi memastikan pemilihan bakat kepimpinan institusi pengajian tinggi dilaksanakan secara telus, holistik dan berkualiti tinggi.
#AKEPT #KPT #BeSTARI #CBTM #PendidikanTinggi #KepimpinanIPT #UniversitiAwam #KompetensiKepimpinan #MalaysiaMadani #HigherEdMalaysia











