Pusat Pengurusan Bakat (CeTM)
Pusat Pengurusan Bakat berperanan strategik dalam membentuk kepimpinan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui pemprofilan bakat berpotensi, pelaksanaan program pembangunan berasaskan kompetensi, serta pemerkasaan jaringan kerjasama strategik dalam ekosistem pendidikan tinggi. Usaha ini bertujuan membina asas data yang kukuh, memangkin transformasi positif dan melahirkan barisan pemimpin berwawasan serta berdaya saing menghadapi cabaran masa depan.
Maklumat Lanjut Program CeTMPusat Pembangunan Kepimpinan (CLD)
Pusat Pembangunan Kepimpinan (CLD) di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) memainkan peranan penting dalam membentuk dan memperkukuhkan kepimpinan dalam kalangan warga pendidikan tinggi melalui pelaksanaan tiga fungsi utama. Dalam merancang modul latihan, CLD menitikberatkan kepelbagaian kompetensi peserta untuk memastikan penyampaian bahan teori yang efektif dan memahami konsep sebelum berinteraksi secara langsung.
Maklumat Lanjut Program CLDPenyelidikan Kepimpinan & Jangkauan Global (CRO)
Pusat Penyelidikan Kepimpinan dan Jangkauan Global (CRO) di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) bertanggungjawab melaksanakan kajian jangka masa pendek berbentuk strategik dan berfokus kepada kepimpinan di institusi pendidikan tinggi.
Program-program di Pusat Penyelidikan Kepimpinan dan Jangkauan Global (CRO) dilaksanakan berdasar dua teras utama, iaitu penyelidikan dan inovasi, dan jangkauan global dalam aspek kepimpinan di pendidikan tinggi. CRO merancang skop penyelidikan jangka masa pendek bersifat berfokus dan strategik bagi membantu menyediakan kertas cadangan dasar, garis panduan serta pelan tindakan yang boleh membantu formulasi dasar berkaitan kepimpinan di sektor pendidikan tinggi negara.
Maklumat Lanjut Program CROPendaftar AKEPT
Pejabat Pendaftar merupakan tulang belakang kepada keseluruhan tadbir urus dan pengurusan organisasi di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Sebagai teras utama dalam aspek pentadbiran dan sumber manusia, Pejabat Pendaftar memainkan peranan strategik dalam memastikan pengurusan AKEPT dilaksanakan dengan cekap, berintegriti dan selaras dengan dasar serta peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Maklumat Lanjut