Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Program

Program Undang - Undang Pentadbiran Dalam Tadbir Urus IPT (UPTI)
From Tuesday, 26 September 2023 -  8:00
To Wednesday, 27 September 2023 -  5:00
Hits : 2353
Contact CLD

YM/ Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan,

 PERMOHONAN PENCALONAN BAGI PROGRAM UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN DALAM TADBIR URUS INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (UPTI)

 Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian YM/ Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kolaborasi Majlis Penasihat Undang-Undang Universiti Awam (MPUU) akan mengadakan Program Undang-Undang Pentadbiran dalam Tadbir Urus Institusi Pendidikan Tinggi (UPTI). Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memantapkan pengetahuan undang-undang pentadbiran dalam konteks tadbir urus Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan mengintegrasikan undang-undang pentadbiran dengan inisiatif dan hala tuju dalam kepimpinan IPT serta meningkatkan pemahaman tentang konsep akauntabiliti dan liabiliti di samping undang-undang pentadbiran yang berkaitan.

 

  1. Sebagai makluman, program ini akan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi. Tarikh pelaksanaan program ini adalah seperti butiran berikut:

 

Tarikh            :           26 dan 27 September 2023 (Selasa dan Rabu)
Masa              :           8.00 Pagi – 5.30 Petang
Tempat          :           Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi

                                    Kementerian Pendidikan Tinggi

                                    Lebuh Enstek

                                    71760 Bandar Enstek

                                    NEGERI SEMBILAN

  1. Sehubungan dengan itu, AKEPT memohon kerjasama pihak YM/ Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan untuk menyertai program ini atau mengemukakan calon selewat-lewatnya pada 29 Ogos 2023 (Selasa) melalui pautan https://bit.ly/PendaftaranProgramUPTI.

 

  1. Bagi pelaksanaan program ini, pihak AKEPT menyediakan penginapan dan sajian bagi setiap peserta. Walau bagaimanapun, urusan tuntutan perjalanan dan penginapan peserta sebelum atau selepas program adalah di bawah tanggungan pihak institusi atau jabatan masing-masing.

 

  1. Yuran penyertaan bagi program ini adalah sebanyak RM500 untuk seorang peserta. Sijil penyertaan program ini akan diberikan kepada peserta yang hadir dan telah menjelaskan yuran. Yuran tersebut hendaklah dijelaskan kepada pihak AKEPT semasa membuat pendaftaran dalam pautan di atas. Prosedur pembayaran untuk program ini adalah seperti pautan https://tinyurl.com/TatacaraPembayaranUPTI.

 

  1. Arahan Pentadbiran akan dikemukakan kepada peserta yang telah selesai membuat pembayaran yuran tersebut. Peserta juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diumumkan dari semasa ke semasa. Kerjasama pihak YM/ Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan juga dimohon untuk memastikan peserta yang dicalonkan dapat memberi komitmen sepanjang program ini berlangsung.

 

  1. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YM/ Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan boleh merujuk kepada Encik Ruslei bin Mohd Nor di talian 06-797 9595 atau Encik Nazri bin Saidin di talian 06-797 9408/ 011-10563797 atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Perhatian dan kerjasama pihak YM/ Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Muat Turun

UPTI BROSUR 
UPTI BROCHURE

Location AKEPT, NEGERI SEMBILAN