Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Mengenai Kami

Latar Belakang

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi

Penubuhan Akademi Kepimpinan Tinggi (AKEPT) pada tahun 2008 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Tujuannya adalah untuk membolehkan pengurusan tertinggi dan pertengahan institusi pengajian tinggi didedahkan dengan program pembangunan kepimpinan berstruktur. Selaras dengan slogan Shaping Minds, Building Leaders, AKEPT berusaha untuk mereka bentuk dan menyediakan inisiatif pembangunan kepimpinan untuk pemimpin institusi pengajian tinggi.

Sehingga kini, AKEPT terus berusaha dalam peranan aktifnya membentuk landskap pendidikan tinggi di Malaysia terutamanya dalam dua bidang utama iaitu kepimpinan akademik dan kepimpinan institusi. Kemuncaknya adalah untuk memperkukuhkan dan menyokong strategi holistik untuk tranformasi pendidikan tinggi di Malaysia bagi merealisasikan aspirasi Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), yang jelas menyatakan keperluan untuk membangunkan bakat kepimpinan pendidikan tinggi semasa dan masa depan.

2008
Ditubuhkan
56
Kakitangan
100+
Program Dijalankan