Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Program

Program Professional Certificate in Higher Education Leadership and Management (PCHELM)
From Thursday, 01 June 2023
To Saturday, 30 September 2023
Hits : 3462

YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

UNDANGAN KE PROGRAM PROFESSIONAL CERTIFICATE IN HIGHER EDUCATION LEADERSHIP AND MANAGEMENT (PCHELM)


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara, Universiti Sains Malaysia (IPPTN, USM) akan menganjurkan Program Professional Certificate in Higher Education Leadership and Management (PCHELM) bagi Pentadbir Akademik dan Pentadbir Bukan Akademik di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Gred 48 hingga 54 atau setara mulai Jun 2023 dan dijangka tamat pada September 2023. Program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecemerlangan bakat dalam kepimpinan dan pengurusan di IPT masing-masing melalui lima (5) modul yang telah
  2. Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, pihak AKEPT membiayai yuran penyertaan, sajian dan penginapan semasa program berlangsung. Pengangkutan dan tuntutan perjalanan peserta adalah dibiayai oleh IPT masing-masing termasuk kos pensijilan sebanyak RM5,000 seorang. Maklumat lanjut berkenaan perkara ini adalah seperti poster di LAMPIRAN A.
  3. Sehubungan dengan itu, AKEPT memohon kerjasama pihak Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyertai program ini atau mengemukakan calon seperti kriteria yang ditetapkan melalui pautan https://bit Iy/PCHELM selewat-lewatnya pada 30 Mac 2023 (Khamis).
  4. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan boleh merujuk Encik Ruslei bin Mohd Nor di talian 06-7979595/ e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Encik Nazri bin Saidin di talian 06-7979408/ 011-10563797/ e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Encik Ahmad Firdaus Ahmad Shabudin di talian 04-6535761/ 013-9199142/ e-mel: as Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Muat Turun
Lampiran A - Poster PCHELM