Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Berita

Sesi Kunjungan Hormat Etio Global Kepada AKEPT


18 Julai 2024 (Khamis)

AKEPT, Nilai, Negeri Sembilan

Encik Guy Perring, Regional Director, Asia, Etio Global telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat kepada YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT 18 Julai 2024 (Khamis) di AKEPT. 
Sesi tersebut berfokus kepada perbincangan berkaitan potensi kolaborasi antara AKEPT dengan Etio Global.

 

Sesi Kunjungan Hormat AKEPT kepada Asia e University (AeU)

Aeu2
Aeu3
Aeu4
Aeu6
Aeu8

SESI KUNJUNGAN HORMAT AKEPT KEPADA ASIA e UNIVERSITY (AeU)

16 Julai 2024 (Selasa) | Subang Jaya, Selangor

AKEPT telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat kepada Asia e University (AeU) pada 16 Julai 2024 (Selasa) sebagai salah satu langkah untuk mengantarabangsakan latihan-latihan AKEPT. Dalam sesi ini, YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT dan YBhg. Prof. Dato' Dr. Ansary Ahmed, Founder President/ Chief Executive Officer saling bertukar-tukar pandangan dan strategi untuk memperkasakan latihan AKEPT agar dapat menjadi rujukan negara serantau.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Philip Lim, Head, School of Professional and Executive Education Development (SPEED), AeU dan Encik Nazri bin Saidin, Pegawai Khas Pengarah, AKEPT.

Tomorrow's Leaders: Cultivating a Culture Of Innovation and Impact for Our Nation and Communities

1
2 2 1
3 2 2
4 3
5 2

1-3 Julai 2024 | Bandar Enstek, AKEPT

Young Scientists Network - Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) dengan kerjasama AKEPT telah berjaya menganjurkan program Tomorrow's Leaders: Cultivating a Culture of Innovation and Impact for our Nation and Communities pada 1 hingga 3 Julai 2024 bertempat di AKEPT. Program kolaborasi ini telah dihadiri seramai 31 peserta penyelidik muda daripada pelbagai universiti.

Program ini menekankan kepada peningkatan kebolehan kepimpinan penyelidik muda dan menggalakkan kerjasama di kalangan penyelidik daripada pelbagai latar belakang. Melalui program ini juga peserta berpeluang bertukar pandangan dan idea daripada perspektif baharu bagi menambahbaik projek penyelidikan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah; Prof Madya Dr Norazharuddin Shah Abdullah (Timbalan Pengarah AKEPT), Professor Emeritus  Dato' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman FASc (Felo, Akademi Sains Malaysia), Ms Nitia Samuel (Ketua Pegawai Strategi, Akademi Sains Malaysia), Prof Dr Ir Denny Ng Kok Sum (Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan dan Teknologi, Sunway University), Dr Manraj Singh Cheema (Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM), Dr Shahrul Nizam Ahmad (Head of Research Communications & Visibility Management, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UiTM), Prof. Madya Dr.  Chan Siok Yee (Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM), Prof. Omar Yaakob (Felo Penyelidik, Marine Technology Centre, UTM), Subashini Raman (Chrysalis Finalist 2023), Mohd Syazwan Zainal (Chrysalis Finalist 2023) and Meor Muhammad Hafiz Shah Buddin (Chrysalis Finalist 2023).

Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh dan menjayakan program ini! Diharapkan melalui program ini dapat mewujudkan potensi yang optimum penyelidik muda untuk memimpin dan terus cemerlang dalam bidang penyelidikan masing-masing.

 

Kursus Berfikiran Strategik dan Berwawasan (Fasa 1) MyPolyCC Leadership Enhancement Programme (MyPolyCC LEP) Kohort 2

6
5
2
3
7
Picture1
8
4


Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah menganjurkan Kursus Berfikiran Strategik dan Berwawasan (Fasa 1) MyPolyCC Leadership Enhancement Programme (MyPolyCC LEP) Kohort 2 yang dihadiri oleh 45 orang peserta daripada pelbagai bahagian, jabatan dan institusi iaitu politeknik dan kolej komuniti. Kursus ini merupakan manifestasi komitmen untuk membangunkan kepimpinan dalam pendidikan tinggi melalui pendekatan yang terarah dan berkesan. Dengan menggabungkan strategi berfikiran strategik serta wawasan yang luas, program ini bertujuan memperkasa bakat-bakat terpilih dalam kalangan pentadbir dan pemimpin pendidikan tinggi negara. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan peserta, mempertingkatkan kefahaman mereka mengenai isu-isu strategik dalam pendidikan tinggi, dan memupuk inovasi serta kreativiti dalam menghadapi cabaran masa depan.

Program ini merangkumi sesi ceramah, bengkel interaktif, simulasi kepimpinan, dan perbincangan kumpulan yang melibatkan pelbagai aspek kepimpinan strategik dan berwawasan. Peserta akan didedahkan kepada kajian kes, senario dunia sebenar, dan latihan praktikal untuk memperkukuh kemahiran mereka. Dalam konteks globalisasi yang semakin mencabar, keperluan untuk memiliki pemimpin yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga berwawasan jauh menjadi semakin penting. Oleh itu, kursus ini telah dirancang untuk mempertingkatkan kemahiran strategik peserta dalam menghadapi cabaran masa depan dan memastikan kecekapan dalam mengelola institusi pendidikan.

Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk penganjur, urus setia, dan semua peserta yang telah menjadikan program ini sebagai platform pembelajaran yang bermakna. Kehadiran seramai 46 orang peserta yang datang dari beberapa bahagian di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) (3 orang), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) (1 orang), bahagian/pusat di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) (7 orang), politeknik-politeknik (21 orang) dan kolej-kolej komuniti (14 orang) menunjukkan kebersamaan dalam usaha memartabatkan kepimpinan pendidikan tinggi negara. Dengan semangat dan tekad yang tinggi, semua pihak diseru untuk melangkah ke hadapan dalam menerajui perubahan dan mencorak masa depan pendidikan tinggi negara. Program ini telah membuktikan kepentingan dan keberkesanan usaha kolektif dalam meningkatkan kepimpinan strategik dalam sektor pendidikan tinggi.


20 & 24 Jun 2024 

Kunjungan Hormat Persatuan Kebangsaan Ipts Bumiputera Malaysia (PKIBM) ke AKEPT

2
1
3
5


YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) pada 25 Jun 2024 (Selasa) di AKEPT, Negeri Sembilan. Delegasi PKIBM diketuai oleh YBrs. Prof. Capt. Ab. Manan Mansor, Timbalan Presiden PKIBM dan hadir bersama ialah YBrs. Dr. Ramlee Mohd Junus, Encik Mohd Adnan Rosley, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ar. Dr. Elias Salleh dan Encik Ahmad Syakir Sazili.

 

Pelbagai perkara dibincangkan dalam sesi kunjungan hormat ini antaranya latihan kepimpinan kepada pensyarah IPTS dan cadangan kolaborasi latihan kepimpinan IPTS pada masa akan datang. Pegawai AKEPT yang turut hadir bersama dalam sesi kunjungan hormat tersebut adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Bakat, Puan Hanis Huzaira binti Abd Hanan, Pendaftar AKEPT dan Pegawai-Pegawai Kanan AKEPT.