Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Program Kepimpinan Inovasi dan Pengkomersialan Harta Intelek (InnoCoL)

Ditulis pada 20 Februari 2023
1.jpeg
2.jpg
3.jpg
4.jpg
5.jpg
6.jpg
7.jpg
8.jpg
9.jpg
10.jpg

Program Kepimpinan Inovasi dan Pengkomersialan Harta Intelek (InnoCoL) (Siri 1) telah berjaya diadakan pada 7 hingga 9 Februari 2023 di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan penyertaan seramai 46 peserta daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh Negara. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Russayani Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UUM.

Bagi pelaksanaan Siri 1 ini, peserta telah didedahkan dengan Modul Intellectual Property and Commercialisation. Turut hadir dalam program ini adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohamad, Penasihat Undang-Undang, UUM selaku penceramah program dan YBrs. Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Faizal Omar, Pengarah, Pusat Inovasi dan Pengkomersilan, UUM merangkap Ketua Program InnoCol. AKEPT ingin mengucapkan terima kasih atas sambutan dan komitmen yang memberangsangkan daripada peserta. Jumpa lagi pada Program InnoCol (Siri 2)!