Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Berita

Kunjungan Kolaborasi AKEPT - UPSI

WhatsApp Image 2024 09 05 At 2.06.37 PM 1
WhatsApp Image 2024 09 05 At 2.06.38 PM 1
WhatsApp Image 2024 09 05 At 2.06.40 PM
WhatsApp Image 2024 09 05 At 2.06.38 PM
WhatsApp Image 2024 09 05 At 2.06.39 PM 1
WhatsApp Image 2024 09 05 At 2.06.39 PM
WhatsApp Image 2024 09 05 At 2.06.40 PM 1

5 September 2025 | UPSI

Kunjungan AKEPT ke UPSI bagi membincangkan kolaborasi untuk penganjuran Hi-Ed Leadership Summit ASEAN pada 2025. Terima kasih kepada  YBhg. Dato’ Prof. Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI, YBrs. Encik Helmi Zaifura bin Abdul Rahman, Pendaftar dan pasukan UPSI yang amat  komited terhadap projek ini. WATCH THIS SPACE!




Forum Institutional Transformation and Academic Leadership

WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.33 PM 1
WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.33 PM
WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.34 PM 1
WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.34 PM 2
WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.34 PM
WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.35 PM 1
WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.35 PM 2
WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.35 PM
WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.36 PM 1
WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.36 PM 2
WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.36 PM
WhatsApp Image 2024 08 30 At 2.42.37 PM

Universiti Geomatika Malaysia (UGM), Kuala Lumpur |
29 Ogos 2024

 

Universiti Geomatika Malaysia dengan kerjasama AKEPT telah menganjurkan Forum Institutional Transformation and Academic Leadership pada 29 Ogos 2024 di Auditorium Indasari, UGM. Ahli panel forum ini adalah:

1) YBrs. Prof Dr Harshita Aini Haroon, Pengarah AKEPT.

2) YBhg. Prof Datuk Sr Dr. Mohaizi Mohamad, President & Founder Geomatika EduGroup;

3) YBhg. Dato' Seri Ibrahim Ahmad, Pengerusi UTHM; dan

4) YBrs. Prof Dr. Ahmad Zaki bin Abu Bakar, Dekan Institute of Technology Management & Entrepreneurship, UTeM.

Seramai 80 peserta yang terdiri daripada Ahli Akademik dan Pentadbir UGM telah menghadiri forum ini.

 

Lawatan Kolaborasi AKEPT-ICDM

AKEPT ICDM1
AKEPT ICDM2
AKEPT ICDM3
AKEPT ICDM4

Lawatan Kolaborasi AKEPT-ICDM | 15 Ogos 2024 (Khamis) | Aras 9, Mercu 2, No. 3 Jln Bangsar, KL Eco City

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah mengadakan satu lawatan kolaborasi bersama Institute of Corporate Directors Malaysia (ICDM) di Kuala Lumpur dengan tujuan untuk membincangkan potensi kerjasama dalam latihan kepimpinan bagi Program Ahli Lembaga Pengarah/Gabenor dan Anak Syarikat Universiti Awam (LPU) serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Perbincangan ini turut merangkumi cadangan untuk mengadakan sesi latihan dengan sokongan ICDM, menggunakan peruntukan daripada universiti awam, serta membincangkan integrasi penilaian individu bagi para peserta. Sesi ini juga memberi fokus kepada pengembangan Program LPU, yang merupakan platform perkongsian dan jaringan strategik antara Kementerian dan pihak pengurusan universiti. Program ini memainkan peranan penting dalam membantu mereka memahami peranan dan tanggungjawab fidusiari, selain memberikan pendedahan kepada tata kelola universiti, terutamanya dalam konteks pelaburan dan pembiayaan.

Antara wakil AKEPT yang hadir termasuk Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah, Encik Bustamam bin Daud, dan Puan Azian binti Mohmad Azman. Wakil dari JPT pula terdiri daripada Encik Naim Majdi bin Sulaiman dan Cik Nazatul Nabila binti Abdullah @ Rashid. ICDM diwakili oleh Puan Michele Kythe Lim, Puan Jackie Mah, Puan Nicole Tan dan Encik Muhammad Daniel bin Nordin.

Dalam sesi tersebut, ICDM telah mencadangkan supaya data dari JPT diperolehi terlebih untuk mendapatkan pandangan keseluruhan sebagai asas. Selain itu, laporan tentang Program LPU akan diserahkan kepada ICDM untuk tindakan lanjut. ICDM juga telah mencadangkan semula dan menilai data penilaian analisis ahli lembaga pengarah/gabenor dan anak syarikat universiti awam. Sebagai langkah susulan, dua program akan dijalankan sebagai percubaan untuk mereka dan juga naib canselor pada Oktober 2024, yang turut melibatkan sesi temu duga. Bagi naib canselor, Program CEO akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada latihan. Seterusnya, petunjuk utama prestasi akan ditetapkan untuk mereka bagi tujuan penilaian melalui penggunaan competitive matrix. Hasil yang diharapkan daripada kolaborasi ini ialah penyediaan satu garis panduan yang komprehensif.

Program Bicara Kepimpinan Siri IV: Kepimpinan Strategik Dalam Pendidikan Tinggi

WhatsApp Image 2024 08 13 At 11.17.50
WhatsApp Image 2024 08 13 At 11.17.51
WhatsApp Image 2024 08 13 At 11.52.38
WhatsApp Image 2024 08 13 At 11.56.44
WhatsApp Image 2024 08 13 At 11.17.16
WhatsApp Image 2024 08 13 At 11.18.38
WhatsApp Image 2024 08 13 At 10.32.41
WhatsApp Image 2024 08 13 At 09.41.55
WhatsApp Image 2024 08 13 At 09.41.57


UniSZA telah menganjurkan Program Bicara Kepimpinan (BK) Siri IV: Kepimpinan Strategik Dalam Pendidikan Tinggi yang dihadiri seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Dekan/ Pengarah dan Timbalan Dekan/ Timbalan Dekan UniSZA. Program BK Siri 4 ini bertemakan Kepimpinan Strategik Dalam Pendidikan Tinggi dan disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT. Turut hadir dalam program ini adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee bin Hamzah, Pengarah Pusat Pengurusan Bakat & Latihan, UniSZA.

13 Ogos 2024 (Selasa)  |Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu

 

Compassionate Leadership Workshop

Kami dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan program "Compassionate Leadership Workshop" anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berlangsung pada 24 dan 25 Julai 2024.

Seramai 21 orang kaunselor/ pegawai hal ehwal pelajar daripada institusi pendidikan tinggi swasta telah hadir dan memberikan komitmen sepenuhnya semasa program. Terima kasih tidak terhingga kepada ahli panel dan juga jurulatih yang telah berganding bahu bersama-sama kami merealisasikan perancangan program ini. 

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan secara amnya dan urusan pekerjaan khasnya seterusnya dapat memberi impak positif kepada komuniti.