Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Berita

Program Qalb-Training of Trainers dan Profesionalisme Qalb untuk Kumpulan Bakat Kepimpinan (Qalb TOT) (Zon Selatan)

Picture1.jpg
Picture2
Picture3.jpg
Picture4.jpg

Program Qalb TOT merupakan kolaborasi strategik antara AKEPT dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Siri untuk Zon Selatan telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 17 dan 18 Oktober 2022 dan telah disertai oleh 30 orang peserta daripada UTM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor dan Melaka.

Program ini diadakan adalah untuk melatih jurulatih Qalb di setiap zon yang ditetapkan dan seterusnya menjadi pelopor Qalb di institusi masing-masing. Terima kasih kepada UTM yang menjadi hos bagi siri ini. Tahniah dan syabas kepada penceramah serta peserta yang telah menjayakan Qalb TOT untuk Zon Selatan.

Professional Legal For Non-Legal (ProLeNoL)

Program Rintis ProLeNoL telah diadakan pada 26 dan 27 September 2022 di International Institute of Islamic Thought and Civilization, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur. Program rintis ini diadakan adalah untuk mendapatkan input dan maklum balas bagi penambahbaikan modul yang telah dibangunkan sebelum program sebenar dilaksanakan nanti. Terima kasih diucapkan kepada para pembentang dan peserta yang telah banyak memberi buah fikiran bagi melengkapkan modul ini. Syabas!

International Deans’ Course: Malaysian Chapter (MyIDC) Kohot 3 (Siri 1)

Program MyIDC Kohot 3 (Siri 1) telah diadakan secara dalam talian pada 12 hingga 14 September 2022. Program ini telah disertai oleh 25 orang peserta daripada pelbagai universiti awam dan swasta seluruh Negara.

Siri ini juga dikenali sebagai Onboarding Session yang bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada latar belakang dan kaedah pelaksanaan program ini. Diharapkan peserta akan lebih bersedia untuk mendepani tugasan Pelan Tindakan Projek yang perlu diselesaikan. Semoga berjaya!

Program Professional Character And Competency Building (ProCCB)


Program ProCCB telah diadakan pada 22 hingga 24 Ogos 2022 di Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan. Program ini diadakan bersempena dengan Sesi Libat Urus AKEPT dan Unit Latihan Universiti Awam (SLUA) yang dianjurkan oleh AKEPT dengan kolaborasi bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Lt. Jen. Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM pada 22 Ogos 2022 dan Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Fazielah binti Mohamad, Pendaftar UPNM pada 24 Ogos 2022. Selain itu, kehadiran YBhg. Dato' Prof. Dr. Nasrudin bin Mohammed, Pengarah AKEPT semasa Aktiviti Kelangsungan Hidup pada 23 Ogos 2022 telah memberi semangat kepada semua peserta program untuk menyiapkan tugasan masing-masing.

ProCCB kali ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta daripada pelbagai universiti awam dan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Terima kasih kepada semua fasilitator, sekretariat dan peserta yang telah menjayakan ProCCB ini. Tahniah, anda semua sememangnya hebat!    

Bicara Kenegaraan 2022

Pada 8 September 2022, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan program Bicara Kenegaraan 2022 dengan tema “Malaysia Teguh Bersama: Di Manakah Sumbangan Pendidikan Tinggi?”. Program berbentuk forum ini telah dilaksanakan secara fizikal bertempat di Dewan Za’ba KPT dan juga secara langsung di laman Facebook rasmi AKEPT dan UPM. Seramai 132 orang telah menyertai program ini secara hibrid, dan mendapat hampir 1500 tontonan dan 32 perkongsian melalui siaran lansung Facebook.

Program Bicara Kenegaraan tahun ini telah mengetengahkan penghayatan kemerdekaan berdasarkan latarbelakang yang berbeza bagi mendapatkan pandangan dan jangkauan mengenai aspirasi masa depan sektor pendidikan tinggi, juga menambah pendedahan pemimpin IPT di universiti, politeknik dan kolej komuniti mengenai sumbangan mereka dalam menerajui institusi dan organisasi masing-masing yang dapat memenuhi keperluan negara dan masyarakat awam dalam konteks Keluarga Malaysia. Sambutan dari kalangan pemimpin di IPT sama ada di peringkat universiti, politeknik dan kolej komuniti dan juga orang awam adalah amat baik berdasakan kepada bilangan penyertaan, pandangan dan maklum balas yang telah diterima.

Pihak AKEPT amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan pelaksanaan program Bicara Kenegaraan bagi tahun ini, peserta yang hadir di Dewan Za'ba dan secara atas talian, rakan kolaborasi, rakan kolaborasi AKEPT iaitu Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia dengan penglibatan bersama Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM, juga semua ahli jawatankuasa program.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada kesemua ahli panel iaitu Prof. Dr. Haslinda Abdullah (Pengarah, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM), Prof. Dr. Abhi Veerakumarasivam (Provost, Sunway University Malaysia), Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail (Pengarah, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) dan Saudara Muhammad Amir Firdaus Mohd Yuslin (Naib Presiden III, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan) atas kesudian masa dan berkongsi pandangan dalam program ini. Ucapan terima kasih dan tahniah juga ditujukan kepada moderator program yang berjaya mengendalikan sesi forum dengan cemerlang iaitu Dr. Zurina Abdul Ghani (Timbalan Pengarah, Pejabat Strategi dan Perubahan Institusi UIAM).

Diharapkan wacana ilimiah yang dibahaskan dalam forum ini telah sedikit sebanyak membuka minda dan memberi kesedaran terhadap kepentingan serta sumbangan para pemimpin dalam menambahbaik pendidikan tinggi negara serta usaha-usaha selepas mengecapi kemerdekaan demi terus memacu bersama keteguhan Malaysia.