Pada 15 November 2023, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah berjaya melaksanakan program AKEPT Leadership Talk Series – Kesediaan Kepimpinan dalam Menghadapi Arus Perubahan: Perkembangan Kecerdasan Buatan (AI), bertempat di Dewan Bestari, Universiti Kuala Lumpur MIIT. Program ini telah disertai oleh para peserta berlatarbelakangkan akademik dan pentadbir daripada institusi Pendidikan tinggi awam dan swasta tempatan.
Ribuan penghargaan juga ditujukan kepada YBhg. Prof. Madya Ir. Dr. Azman Senin, (Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (Kerjasama Antarabangsa, Industri & Institusi) UniKL) atas kesudian hadir menyampaikan ucapan aluan program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kami tujukan kepada pengucaptama; Encik Mohd Suhaimi Abdul Hamid (Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Chartered Saadiq Malaysia Berhad), para ahli panel forum; Puan Viva Shaik Farid (Pengarah, Pembangunan Kesihatan Digital, UCrest Berhad), Prof. Madya Dr. Normaziah Abdul Aziz (Ketua Jabatan, Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)), Encik Ahmad Zawawi Mohamed (Ketua Jabatan, Robotik dan Pembangunan Produk, Sime Darby Plantation) serta moderator; Ts. Dr. Bazilah A. Talip (Timbalan Dekan, Jaringan Antarabangsa, Industri dan Institusi,Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology) atas masa dan pandangan serta perkongsian berharga mereka sepanjang sesi program berlangsung.
Kami berharap pelaksanaan program ini telah menyediakan platform perkongsian yang berorientasikan kepimpinan dalam memperhalusi impak perkembangan AI dalam konteks sosial dan ekonomi terhadap pekerjaan dan strategi untuk membangun bakat masa hadapan selari dengan perkembangannya.