Changemaker Leadership Programme for Senior Administrators (CLaPSA)
Changemaker Leadership Programme for Senior Administrators (CLaPSA) (Siri 2) telah berjaya diadakan pada 1 dan 2 Februari 2023 di AKEPT dengan kerjasama rakan kolaborasi daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini dihadiri oleh 44 peserta yang terdiri daripada 21 Pegawai Skim N dan 23 Pegawai Skim W. Ucapan Perasmian program ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Azila Ahmad Sarkawi, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Kepimpinan (CLD), AKEPT.
Sebanyak 6 kumpulan yang terdiri daripada 3 kumpulan Skim N dan 3 kumpulan Skim W telah membuat pembentangan projek masing-masing dalam siri ini yang dikenali sebagai Simposium CLaPSA. 6 orang penilai yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Zulkiflee Othman, mantan Bendahari Universiti Putra Malaysia telah menilai pembentangan dalam simposium ini. 2 kumpulan terbaik adalah Neuvarsity dan Trailblazer bagi projek masing-masing, iaitu “Cadangan Penawaran Kursus Pentauliahan Mikro (Micro-Credential) oleh Pakar Bidang (Subject Matter Expert) dalam Kalangan Pentadbir Universiti Awam” dan “Tacit Skill and Knowledge for Bursars”.
Ucapan Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), USIM. Turut hadir ke program ini adalah YBhg. Dato' Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM merangkap Ketua Program CLaPSA.
Semoga program ini dapat membantu peserta dalam memacu kemajuan kerjaya masing-masing supaya sentiasa cemerlang.
Pengarang Berita
-
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
-
+606-7979 400
Terkini
Program
No events |