Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Program Pembangunan Kerangka Penilaian Keberkesanan Latihan Kepimpinan AKEPT (PKPK) (Siri 2)

Ditulis pada 27 Januari 2023
G1.jpg
G2.jpg
G3.jpg
G4.jpg
G5.jpg

AKEPT dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menganjurkan Program Pembangunan Kerangka Penilaian Keberkesanan Latihan Kepimpinan AKEPT (PKPK) (Siri 2) dengan penglibatan 11 Ketua Program atau wakil di bawah Pusat Pembangunan Kepimpinan (CLD), AKEPT pada 18 hingga 20 Januari 2023. Bengkel ini telah dimulakan dengan kata alu-aluan yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Azila binti Ahmad Sarkawi, Timbalan Pengarah CLD, AKEPT.

Program ini diadakan adalah untuk menambah baik keberhasilan program-program anjuran CLD, AKEPT supaya selaras dengan keperluan Kementerian Pendidikan Tinggi. Bengkel ini dilihat berjaya membantu Ketua Program dalam memantapkan modul-modul program yang sedang dan akan dilaksanakan nanti.

Terima kasih kepada semua peserta, fasilitator dan sekretariat yang telah menjayakan bengkel ini. Jumpa lagi di Bengkel PKPK Siri 3.