Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Lawatan Kolaborasi AKEPT-ICDM

Ditulis pada 19 Ogos 2024

AKEPT ICDM1
AKEPT ICDM2
AKEPT ICDM3
AKEPT ICDM4

Lawatan Kolaborasi AKEPT-ICDM | 15 Ogos 2024 (Khamis) | Aras 9, Mercu 2, No. 3 Jln Bangsar, KL Eco City

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah mengadakan satu lawatan kolaborasi bersama Institute of Corporate Directors Malaysia (ICDM) di Kuala Lumpur dengan tujuan untuk membincangkan potensi kerjasama dalam latihan kepimpinan bagi Program Ahli Lembaga Pengarah/Gabenor dan Anak Syarikat Universiti Awam (LPU) serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Perbincangan ini turut merangkumi cadangan untuk mengadakan sesi latihan dengan sokongan ICDM, menggunakan peruntukan daripada universiti awam, serta membincangkan integrasi penilaian individu bagi para peserta. Sesi ini juga memberi fokus kepada pengembangan Program LPU, yang merupakan platform perkongsian dan jaringan strategik antara Kementerian dan pihak pengurusan universiti. Program ini memainkan peranan penting dalam membantu mereka memahami peranan dan tanggungjawab fidusiari, selain memberikan pendedahan kepada tata kelola universiti, terutamanya dalam konteks pelaburan dan pembiayaan.

Antara wakil AKEPT yang hadir termasuk Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah, Encik Bustamam bin Daud, dan Puan Azian binti Mohmad Azman. Wakil dari JPT pula terdiri daripada Encik Naim Majdi bin Sulaiman dan Cik Nazatul Nabila binti Abdullah @ Rashid. ICDM diwakili oleh Puan Michele Kythe Lim, Puan Jackie Mah, Puan Nicole Tan dan Encik Muhammad Daniel bin Nordin.

Dalam sesi tersebut, ICDM telah mencadangkan supaya data dari JPT diperolehi terlebih untuk mendapatkan pandangan keseluruhan sebagai asas. Selain itu, laporan tentang Program LPU akan diserahkan kepada ICDM untuk tindakan lanjut. ICDM juga telah mencadangkan semula dan menilai data penilaian analisis ahli lembaga pengarah/gabenor dan anak syarikat universiti awam. Sebagai langkah susulan, dua program akan dijalankan sebagai percubaan untuk mereka dan juga naib canselor pada Oktober 2024, yang turut melibatkan sesi temu duga. Bagi naib canselor, Program CEO akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada latihan. Seterusnya, petunjuk utama prestasi akan ditetapkan untuk mereka bagi tujuan penilaian melalui penggunaan competitive matrix. Hasil yang diharapkan daripada kolaborasi ini ialah penyediaan satu garis panduan yang komprehensif.