Program Kepimpinan Instruksional AKEPT
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah menganjurkan Program Kepimpinan Instruksional AKEPT Tahun 2024: Learning &Teaching in Higher Education (Siri 1) yang dihadiri oleh 50 peserta daripada pelbagai institusi termasuk IPTA, IPTS & JPPKK. Program ini bertujuan meningkatkan pemahaman tentang keperluan pembelajaran dan pengajaran dalam pendidikan tinggi selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk membangunkan komuniti pendidikan tinggi yang holistik dan terlatih.
Peserta didedahkan dengan transformasi strategik dalam pendidikan tinggi, pembangunan pelajar, pengalaman pembelajaran bermakna, kurikulum yang relevan, penyampaian dan penilaian inovatif, serta ekosistem yang menyokong pembelajaran dan pengajaran. Peserta memberikan maklum balas positif, menyatakan bahawa program ini memberikan wawasan berharga dan kemahiran baharu yang boleh diaplikasikan dalam institusi masing-masing. Mereka juga berharap agar program ini dapat diteruskan dengan siri-siri berikutnya untuk meningkatkan kompetensi tenaga pengajar dan pegawai kanan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.
Pengarang Berita
-
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
-
+606-7979 400
Terkini
Program
No events |