Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Changemaker Leadership Programme For Senior Administrators (CLaPSA) KOHORT 2 (SIRI 1)

Ditulis pada 21 Mei 2024

Cla1
Cla2
Cla3
Cla4
Cla5
Cla6
Cla7
Cla8



Majlis Perasmian Penutup Changemaker Leadership Programme for Senior Administrators (CLaPSA) Kohort 2 Siri 1 telah berlangsung pada 17 Mei 2024 di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), yang disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini Haroon, Pengarah AKEPT.

Program yang dihadiri seramai 60 orang peserta ini telah mencapai objektifnya dengan memberi pendedahan yang holistik dan berstruktur kepada pegawai kanan universiti awam tentang kepimpinan yang efektif melalui modul-modul yang dibangunkan menggunakan kaedah coaching dan mentoring. Para peserta telah menunjukkan peningkatan dalam pemahaman dan penghayatan terhadap peranan mereka sebagai pemimpin dalam konteks Universiti Awam (UA).

Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini Haroon menyatakan harapan agar para peserta program ini dapat menjadi agen perubahan yang akan membawa kecemerlangan kepada institusi masing-masing. Beliau juga menekankan pentingnya membina kompetensi yang seimbang dan dinamik seiring dengan perkembangan pesat dalam ekosistem pendidikan tinggi.

Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ialah YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBrs. Encik Azrul Izham bin Hamzah, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Kepimpinan dan Jangkauan Global AKEPT dan YBrs. Encik Nasrul Hakim Ahmad, Ketua Jabatan Pendaftar USIM.

Program Changemaker Leadership for Senior Administrators ini telah memberikan kesan yang positif kepada peserta, dengan fokus utama pada peningkatan kompetensi kepimpinan generik dan fungsian bagi jawatan Pendaftar dan Bendahari. Diharapkan program ini dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi pada masa akan datang bagi memastikan kecemerlangan kepimpinan dalam UA di Malaysia.