Dialog Kepimpinan Berasaskan Kemanusiaan
Ditulis pada 23 Januari 2024
Pada 10 Januari 2024 yang lalu, AKEPT dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjayakan program Dialog Kepimpinan Berasaskan Kemanusian. Program ini telah dihadiri oleh 155 peserta terdiri daripada pemimpin universiti awan dan swasta serta politeknik dan kolej komuniti.
Sesi dialog ini telah membincangkan mengenai kepentingan penerapan elemen kemanusiaan dan nilai dalam mengelola atau mentadbir agar dapat mewujudkan ekosistem dan persekitaran yang sejahtera secara fizikal, emosi dan rohani. Setiap pemimpin perlu memahami dan menjiwai ciri-ciri untuk menjadi seorang pemimpin yang berpaksikan kemanusiaan, iaitu integriti, akauntabiliti, amanah, adil, terbuka dan berkompeten.
Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penceramah dan ahli panel iaitu; YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Pengarah, Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, (MINDA-UKM), Puan Shariah Nelly Francis, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, YBhg. Datin Dr. Masdiana Sulaiman Ketua Inovasi – Web 3.0 dan Metaverse Celcom Digi Berhad, dan moderator Tuan Haji Nazri Kahar, Editor Kanan Astro Awani.
Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah menyertai Dialog Kepimpinan Berasaskan Kemanusian ini! Kehadiran dan penyertaan anda telah menjadikan program ini program yang luar biasa. Kami berharap pelaksanaan program ini telah menjadi salah satu platform perkongsian yang berteraskan kepimpinan dalam kemanusian.
AKEPT
Pengarang Berita
-
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
-
+606-7979 400
Terkini
Program
No events |