Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Program Bersama Universiti Sains Islam Malaysia Bagi Sesi Libat Urus AKEPT Dan Unit Latihan Universiti Awam (SLUA)

Ditulis pada 25 Ogos 2022

Picture1.jpg
Picture2.jpg
Picture3.jpg
Picture4.jpg
Picture5.jpg
Picture6.jpg
Picture7.jpg

Sesi Libat Urus AKEPT dan Unit Latihan Universiti Awam (SLUA) telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 10 Ogos 2022. Seramai 40 orang pegawai Unit Latihan daripada Universiti Awam (UA) seluruh Negara telah menyertai program ini.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM. Turut hadir dalam program ini adalah YBhg. Dato' Prof. Dr. Nasrudin Mohammed, Pengarah AKEPT dan YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM.

Pada sesi ini, pihak USIM telah berkongsi ilmu dan pengalaman berkenaan Program Pembangunan Kepimpinan dan Pelan Penggantian di USIM. Seterusnya, para peserta telah dibawa melawat ke Kolej GENIUS Insan (KGI) dan diberi pendedahan berkenaan sistem pengajian yang diterapkan di KGI. Terima kasih kepada USIM atas pembentangan yang dibuat serta hospitaliti yang disediakan. AKEPT berharap supaya program sebegini dapat memantapkan program pembangunan bakat kepimpinan di UA masing-masing.