News
Kursus Kepimpinan Institusi: Perhubungan Antarabangsa dan Jangkauan Global (ILPA08) Tahun 2025 telah dihadiri seramai 42 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pentadbir
institusi pendidikan tinggi (IPT). Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh perspektif peserta dalam merencana aspek hubungan antarabangsa dan jangkauan global di Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT).
Turut hadir ke kursus ini adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Idaya Husna Mohd, Pengarah Bahagian Hubungan Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merangkap Ketua
Modul kursus ini.
Sesi Perbincangan Kedua (2) dan Lawatan Tapak (Program Leadership for Inclusivity and Diversity)
Sesi Perbincangan Kedua (2) dan Sesi lawatan tapak oleh YBrs Dr. Ruzita bt Mohd Amin, Professor of Economics at International Islamic University Malaysia Merangkap
Head of Disability Services Unit (DSU), Office of Deputy Rector (Student Affairs), IIUM bagi Program Leadership for Inclusivity and Diversity telah diadakan pada
pagi 8 Mei 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dan Fasiliti AKEPT. Sesi Perbincangan Pertama (1) telah diadakan pada 17 April 2025 di Putrajaya. YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini Haroon, Pengarah AKEPT telah mempengerusikan sesi perbincangan ini.
IIUM berbincang dengan AKEPT untuk menjalankan program Kepimpinan Inklusif Orang Kurang Upaya untuk pengurusan tertinggi universiti yang berkonsepkan Experiental Learning & Sharing Lesson.
Turut hadir dalam perbincangan ini ialah YBrs. Prof. Madya Azmul Fahimi bin Kamaruzaman, Timbalan Pengarah, AKEPT, Pegawai AKEPT dan YBhg. Mejar General (B) Dato Yusri Bin Hj. Anwar, Penasihat DSU, IIUM.
SESI LIBAT URUS UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
Delegasi AKEPT yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Bakat bersama 4 orang pegawai pengiring, telah berkunjung ke Universiti Pertahanan National Malaysia (UPNM) yang terletak di dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 7 Mei 2025 (Rabu).
Sesi libat urus pada kali ini telah membuka ruang untuk merintis inisiatif baharu, termasuklah peluang perangkaan program pembangunan kepimpinan bagi perjawatan dalam skim Perubatan dan Kesihatan (U) dan skim Perundangan dan Kehakiman (L) di peringkat institusi. Selain itu, inisiatif pemerkasaan pelan penggantian institusi juga telah dibincangkan dengan UPNM secara mendalam.
Nantikan Sesi Libat Urus AKEPT di universiti terpilih seterusnya, iaitu Universiti Teknikal Melaka (UTeM).
Selamat maju jaya dan terus cemerlang UPNM, dengan penuh 'kewajipan, maruah dan integriti'.
KURSUS JURULATIH UTAMA UNTUK MODUL TRAINING (TOT): SERVICE LEARNING MALAYSIA – UNIVERSITY FOR SOCIETY (SULAM) (ILPB09) SIRI 1 TAHUN 2025
Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran penting yang diperlukan bagi membentuk pemimpin pendidikan tinggi negara. Kursus ini telah dihadiri seramai 30 peserta daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Universiti Awam (UA).
Turut hadir dalam kursus ini adalah YBrs. Prof. Dr. Rosna binti Awang Hashim, Professor, Universiti Utara Malaysia merangkap Ketua Modul Kepimpinan Instruksional dan Mantan Pengerusi Jawatankuasa Strategik SULAM Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Sesi ceramah di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU)
12 Oktober 2024 (Sabtu) | UMSU, Medan, Indonesia
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) telah menjemput YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Pelatihan Kecemerlangan Servis pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) di UMSU, Medan, Indonesia. Seramai 50 staf pentadbiran UMSU telah menghadiri sesi ceramah ini.