Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

University Leaders Entrepreneurial Educators’ Bootcamp (UniLEEB) Kohot 3 (Siri 3) dan Program Professional Character and Competency Building (ProCCB)

Ditulis pada 13 March 2023

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Program University Leaders Entrepreneurial Educators’ Bootcamp (UniLEEB) Kohot 3 (Siri 3) telah diadakan di AKEPT pada 22 dan 23 Februari 2023 dengan penyertaan 16 orang Pengarah dan Timbalan Pengarah daripada Pusat Keusahawanan, Zakat, Wakaf dan Endowmen pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh Negara. Siri akhir ini memberi fokus kepada pembentukan karekter pemimpin keusahawanan melalui perkongsian daripada penceramah dalam kalangan ahli akademik serta industri. Program UniLEEB ini diharap dapat memberi inspirasi kepada peserta dalam membangunkan institusi ke arah universiti yang lebih berciri keusahawanan.

Seterusnya, pada 24 hingga 26 Februari 2023, peserta Program UniLEEB telah menyertai Program Professional Character and Competency Building (ProCCB) di Pusat Latihan Kepimpinan UPNM, Kem Kongkoi, Negeri Sembilan. Program ProCCB ini juga turut disertai oleh 10 pegawai daripada Unit Audit Dalam (UAD), Kementerian Pendidikan Tinggi.

Program ProCCB diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Nasrudin bin Mohammed, Pengarah AKEPT pada 26 Februari 2023. Majlis Penutup ini dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabagsa), UMK merangkap Ketua Program UniLEEB, YBrs. Kol Dr. Hj. Zahimi bin Zainol Abidin (B), Pengarah, Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional, UPNM merangkap Ketua Program ProCCB, YBrs. Prof. Madya Dr. Azila binti Ahmad Sarkawi, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Kepimpinan, AKEPT dan Puan Suhaila binti Yussuf, Timbalan Ketua UAD.

Terima kasih kepada semua fasilitator, sekretariat dan peserta yang telah menjayakan ProCCB ini. Tahniah, anda semua sememangnya hebat!