Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

News

Sesi Kunjungan Hormat Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK)

KUNJUNGAN HORMAT JPPKK 1
KUNJUNGAN HORMAT JPPKK 3
KUNJUNGAN HORMAT JPPKK 5 1
KUNJUNGAN HORMAT JPPKK 7

11 MAC 2024 (ISNIN)

Delegasi yang diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah JPPKK di Ibu Pejabat JPPKK, Putrajaya. Antara perkara yang dibincangkan dalam sesi kunjungan hormat ini adalah keperluan latihan bagi peningkatan kompetensi kepimpinan Pegawai JPPKK dan cadangan kolaborasi baharu antara AKEPT dengan JPPKK yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Hasil daripada sesi kunjungan hormat ini dilihat dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaras dengan visi dan misi KPT.

 

Dialog Kepimpinan Berasaskan Kemanusiaan

1
2
3
4
5
6


Dialog Kepimpinan Berasaskan Kemanusiaan
10 Januari 2024 | Bangi Resort Hotel

 
Pada 10 Januari 2024 yang lalu, AKEPT dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjayakan program Dialog Kepimpinan Berasaskan Kemanusian. Program ini telah dihadiri oleh 155 peserta terdiri daripada pemimpin universiti awan dan swasta serta politeknik dan kolej komuniti.
Sesi dialog ini telah membincangkan mengenai kepentingan penerapan elemen kemanusiaan dan nilai dalam mengelola atau mentadbir agar dapat mewujudkan ekosistem dan persekitaran yang sejahtera secara fizikal, emosi dan rohani. Setiap pemimpin perlu memahami dan menjiwai ciri-ciri untuk menjadi seorang pemimpin yang berpaksikan kemanusiaan, iaitu integriti, akauntabiliti, amanah, adil, terbuka dan berkompeten.
Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penceramah dan ahli panel iaitu; YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Pengarah, Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, (MINDA-UKM), Puan Shariah Nelly Francis, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, YBhg. Datin Dr. Masdiana Sulaiman Ketua Inovasi – Web 3.0 dan Metaverse Celcom Digi Berhad, dan moderator Tuan Haji Nazri Kahar, Editor Kanan Astro Awani.
Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah menyertai Dialog Kepimpinan Berasaskan Kemanusian ini! Kehadiran dan penyertaan anda telah menjadikan program ini program yang luar biasa. Kami berharap pelaksanaan program ini telah menjadi salah satu platform perkongsian yang berteraskan kepimpinan dalam kemanusian.
    

"Apakah kekurangan anda yang anda gemari?"

1
2
3
5
6
7
8
Pengetahuan berkenaan kekurangan diri merupakan satu kelebihan yang dapat membantu pengembangan kendiri. Salah satu kaedah yang digunakan adalah dengan melakukan penilaian secara objektif. Sejak 2015, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah melaksanakan penilaian Talent Bench Strength (TBS) kepada pemimpin institusi yang dikenal pasti berpotensi tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk membina Kumpulan Bakat Kepimpinan Pengajian Tinggi; dirujuk sebagai National Top Talent (NTT) dan secara keseluruhannya, hasil daripada penilaian ini telah menunjukkan ada keperluan untuk meningkatkan kompetensi kepimpinan NTT. Penilaian ini adakalanya dilakukan sedikit lewat dan pengembangan kompetensi kepimpinan tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
Oleh yang demikian, AKEPT telah menyahut saranan pihak KPT supaya penilaian calon-calon berpotensi tinggi dilaksanakan lebih awal untuk menyediakan base line penilaian kepimpinan kolam bakat peringkat kedua IPT. Penilaian ini selari dengan keperluan untuk menyokong pelaksanaan pelan penggantian dan pembangunan bakat kepimpinan di IPT.
AKEPT mengambil inisiatif untuk mewujudkan kumpulan penilai yang akan membantu sesi penilaian kolam bakat peringkat kedua supaya ia dapat dilakukan secara neutral dan mencapai objektif. Sesi ini juga bertujuan untuk memberi penerangan dan pemahaman berkaitan tugas-tugas penilai disamping perkongsian pandangan bagi menambahbaik proses penilaian.
AKEPT merakamkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang memberikan komitmen untuk membantu AKEPT dan KPT dalam menjayakan hasrat ini.

AKEPT Leadership Talk Series | Kesediaan Kepimpinan dalam Menghadapi Arus Perubahan: Perkembangan Kecerdasan Buatan (AI)

1
2
3
4
5
6
7

Pada 15 November 2023, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah berjaya melaksanakan program AKEPT Leadership Talk Series – Kesediaan Kepimpinan dalam Menghadapi Arus Perubahan: Perkembangan Kecerdasan Buatan (AI), bertempat di Dewan Bestari, Universiti Kuala Lumpur MIIT. Program ini telah disertai oleh para peserta berlatarbelakangkan akademik dan pentadbir daripada institusi Pendidikan tinggi awam dan swasta tempatan.

Ribuan penghargaan juga ditujukan kepada YBhg. Prof. Madya Ir. Dr. Azman Senin, (Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (Kerjasama Antarabangsa, Industri & Institusi) UniKL) atas kesudian hadir menyampaikan ucapan aluan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kami tujukan kepada pengucaptama; Encik Mohd Suhaimi Abdul Hamid (Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Chartered Saadiq Malaysia Berhad), para ahli panel forum; Puan Viva Shaik Farid (Pengarah, Pembangunan Kesihatan Digital, UCrest Berhad), Prof. Madya Dr. Normaziah Abdul Aziz (Ketua Jabatan, Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)), Encik Ahmad Zawawi Mohamed (Ketua Jabatan, Robotik dan Pembangunan Produk, Sime Darby Plantation) serta moderator; Ts. Dr. Bazilah A. Talip (Timbalan Dekan, Jaringan Antarabangsa, Industri dan Institusi,Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology) atas masa dan pandangan serta perkongsian berharga mereka sepanjang sesi program berlangsung.

Kami berharap pelaksanaan program ini telah menyediakan platform perkongsian yang berorientasikan kepimpinan dalam memperhalusi impak perkembangan AI dalam konteks sosial dan ekonomi terhadap pekerjaan dan strategi untuk membangun bakat masa hadapan selari dengan perkembangannya.

University Leaders Entrepreneurial Educators’ Bootcamp (UniLEEB) Kohot 3 (Siri 3) dan Program Professional Character and Competency Building (ProCCB)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Program University Leaders Entrepreneurial Educators’ Bootcamp (UniLEEB) Kohot 3 (Siri 3) telah diadakan di AKEPT pada 22 dan 23 Februari 2023 dengan penyertaan 16 orang Pengarah dan Timbalan Pengarah daripada Pusat Keusahawanan, Zakat, Wakaf dan Endowmen pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh Negara. Siri akhir ini memberi fokus kepada pembentukan karekter pemimpin keusahawanan melalui perkongsian daripada penceramah dalam kalangan ahli akademik serta industri. Program UniLEEB ini diharap dapat memberi inspirasi kepada peserta dalam membangunkan institusi ke arah universiti yang lebih berciri keusahawanan.

Seterusnya, pada 24 hingga 26 Februari 2023, peserta Program UniLEEB telah menyertai Program Professional Character and Competency Building (ProCCB) di Pusat Latihan Kepimpinan UPNM, Kem Kongkoi, Negeri Sembilan. Program ProCCB ini juga turut disertai oleh 10 pegawai daripada Unit Audit Dalam (UAD), Kementerian Pendidikan Tinggi.

Program ProCCB diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Nasrudin bin Mohammed, Pengarah AKEPT pada 26 Februari 2023. Majlis Penutup ini dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabagsa), UMK merangkap Ketua Program UniLEEB, YBrs. Kol Dr. Hj. Zahimi bin Zainol Abidin (B), Pengarah, Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional, UPNM merangkap Ketua Program ProCCB, YBrs. Prof. Madya Dr. Azila binti Ahmad Sarkawi, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Kepimpinan, AKEPT dan Puan Suhaila binti Yussuf, Timbalan Ketua UAD.

Terima kasih kepada semua fasilitator, sekretariat dan peserta yang telah menjayakan ProCCB ini. Tahniah, anda semua sememangnya hebat!