Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

News

Perasmian Kebun Kecil AKEPT

Perasmian Kebun Kecil AKEPT

9 Mei 2024 (Khamis)
AKEPT

YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah merangkap Penaung Kelab AKEPT telah berbesar hati menerima papan tanda Kebun Kecil AKEPT sebagai simbolik perasmian kebun kecil AKEPT pada 9 Mei 2024 (Khamis). Kebun Kecil AKEPT ini diinspirasikan sendiri oleh Pengarah AKEPT sebagai salah satu usaha untuk melestarikan sumber sedia ada di AKEPT. Kebun ini diusahakan oleh sukarelawan di bawah Kelab AKEPT. Kebun Kecil ini hanya melibatkan kos yang kecil kerana peralatan program ini menggunakan bahan-bahan sedia ada yang tidak lagi digunakan (kitar semula). Manakala pokok-pokok semaian adalah daripada sumbangan para sukarelawan seperti kelor atau munggai, mangga, keledek, terung dan cili. Dijangka hasil kebun ini dapat dituai dalam Oktober 2024. Nantikan perkembangan selanjutnya!
    

Perbincangan AKEPT Bersama Markplus Institute Asean

MARKPLUS 1
MARKPLUS 2
MARKPLUS 3
MARKPLUS 4
MARKPLUS 5
MARKPLUS 6
   

PERBINCANGAN AKEPT BERSAMA MARKPLUS INSTITUTE ASEAN

Putrajaya
6 Mei 2024 (Isnin)

AKEPT dan MarkPlus Institute ASEAN telah mengadakan perbincangan untuk meneliti potensi kerjasama penganjuran program kepimpinan. Perbincangan ini merupakan inisiatif AKEPT dalam usaha memperkasakan lagi kualiti program kepimpinan pendidikan tinggi negara. AKEPT diwakili oleh YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT dan Encik Azrul Izham bin Hamzah, Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan Kepimpinan dan Jangkauan Global, AKEPT sementara MarkPlus Institute ASEAN diawakili oleh Puan Ida Alina Salleh, Ketua Eksekutif MarkPlus Institute ASEAN dan Puan Tasya Fadilla, Content Lead MarkPlus Institute ASEAN.

Program Sesi Libat Urus Akept – PKPK (Program Kerangka Penilaian Keberkesanan Latihan) Bersama Unit Latihan/ Unit Pengurusan Bakat Universiti Awam 2024

Pkpk
Pkpk1
Pkpk2
Pkpk3
Pkpk4
   

Program AKEPT – PKPK yang telah diadakan pada 4 April 2024 di Hotel Tenera, Bangi telah menarik 37 orang peserta daripada Unit Bakat/ Unit Latihan UA. Acara ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penyedia latihan/ bakat Universiti Awam mengenai Garis Panduan Keberkesanan Latihan, dengan fokus pada memastikan impak latihan mencapai objektif yang disasarkan dan selari dengan matlamat AKEPT dalam penyediaan kumpulan bakat terbaik UA.

Terima kasih diucapkan kepada para peserta yang telah menyertai program ini dengan perkongsian-perkongsian yang dapat membantu dalam memberi pendedahan kepada penyedia latihan/ bakat Universiti Awam mengenai Garis Panduan Keberkesanan Latihan. Tidak lupa juga kepada panel-panel yang telah berkongsi pendapat dalam penambahbaikan keberkesanan latihan di IPT.

Program Suai Tugas Strategik Lembaga Pengarah/ Gabenor dan Anak Syarikat Universiti Awam (SOfBoD)

Bod
Bod1
Bod2
Bod3
   

Program Suai Tugas Strategik Lembaga Pengarah/ Gabenor dan Anak Syarikat Universiti Awam (SOfBoD) Tahun 2024 telah berlangsung pada 14 Mac 2024 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) dengan kehadiran sebanyak 183 orang peserta daripada kalangan Ahli Lembaga Pengarah/Gabenor dan Anak Syarikat UA.

Program ini dianjurkan dengan tujuan memahami dan menangani perubahan dalam pendidikan tinggi yang berfokus pada peranan penting Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk meningkatkan kecemerlangan universiti. Pada kesempatan ini, Bahagian Pembangunan KPT telah meluncurkan Buku Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam Tahun 2024 juga mendapat sambutan yang baik, menunjukkan kepentingan sumber maklumat ini dalam membantu LPU membuat keputusan yang tepat.

Program Professional Character and Competency Building (ProCCB): Qalb TOT

Cc1
Ccb
Ccb2
Ccb3
Ccb4
Ccb5
 

Program Professional Character and Competency Building (ProCCB): Qalb TOT yang berlangsung dari 20 hingga 22 Februari 2024 di Kem Kongkoi, Titi, Negeri Sembilan telah menarik sebanyak 33 orang peserta daripada Program QALB AKEPT. Program ini bertujuan untuk mewujudkan platform perkongsian pengetahuan kepimpinan antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta memperdalam pengetahuan berkaitan Qalb Leadership.

Peserta memberikan maklum balas positif terhadap variasi aktiviti yang disediakan. Harapkan para peserta dapat berkongsi ilmu yang ditimba daripada perkongsian program ini dan dapat mengambil idea terbaik untuk penambahbaikan dan mengaplikasikan Qalb Leadership di institusi masing-masing. Tahniah diucapkan kepada peserta dan para panel yang terlibat!