Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

News

Tomorrow's Leaders: Cultivating a Culture Of Innovation and Impact for Our Nation and Communities

1
2 2 1
3 2 2
4 3
5 2

1-3 Julai 2024 | Bandar Enstek, AKEPT

Young Scientists Network - Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) dengan kerjasama AKEPT telah berjaya menganjurkan program Tomorrow's Leaders: Cultivating a Culture of Innovation and Impact for our Nation and Communities pada 1 hingga 3 Julai 2024 bertempat di AKEPT. Program kolaborasi ini telah dihadiri seramai 31 peserta penyelidik muda daripada pelbagai universiti.

Program ini menekankan kepada peningkatan kebolehan kepimpinan penyelidik muda dan menggalakkan kerjasama di kalangan penyelidik daripada pelbagai latar belakang. Melalui program ini juga peserta berpeluang bertukar pandangan dan idea daripada perspektif baharu bagi menambahbaik projek penyelidikan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah; Prof Madya Dr Norazharuddin Shah Abdullah (Timbalan Pengarah AKEPT), Professor Emeritus  Dato' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman FASc (Felo, Akademi Sains Malaysia), Ms Nitia Samuel (Ketua Pegawai Strategi, Akademi Sains Malaysia), Prof Dr Ir Denny Ng Kok Sum (Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan dan Teknologi, Sunway University), Dr Manraj Singh Cheema (Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM), Dr Shahrul Nizam Ahmad (Head of Research Communications & Visibility Management, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UiTM), Prof. Madya Dr.  Chan Siok Yee (Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM), Prof. Omar Yaakob (Felo Penyelidik, Marine Technology Centre, UTM), Subashini Raman (Chrysalis Finalist 2023), Mohd Syazwan Zainal (Chrysalis Finalist 2023) and Meor Muhammad Hafiz Shah Buddin (Chrysalis Finalist 2023).

Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh dan menjayakan program ini! Diharapkan melalui program ini dapat mewujudkan potensi yang optimum penyelidik muda untuk memimpin dan terus cemerlang dalam bidang penyelidikan masing-masing.

 

Kursus Berfikiran Strategik dan Berwawasan (Fasa 1) MyPolyCC Leadership Enhancement Programme (MyPolyCC LEP) Kohort 2

6
5
2
3
7
Picture1
8
4


Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah menganjurkan Kursus Berfikiran Strategik dan Berwawasan (Fasa 1) MyPolyCC Leadership Enhancement Programme (MyPolyCC LEP) Kohort 2 yang dihadiri oleh 45 orang peserta daripada pelbagai bahagian, jabatan dan institusi iaitu politeknik dan kolej komuniti. Kursus ini merupakan manifestasi komitmen untuk membangunkan kepimpinan dalam pendidikan tinggi melalui pendekatan yang terarah dan berkesan. Dengan menggabungkan strategi berfikiran strategik serta wawasan yang luas, program ini bertujuan memperkasa bakat-bakat terpilih dalam kalangan pentadbir dan pemimpin pendidikan tinggi negara. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan peserta, mempertingkatkan kefahaman mereka mengenai isu-isu strategik dalam pendidikan tinggi, dan memupuk inovasi serta kreativiti dalam menghadapi cabaran masa depan.

Program ini merangkumi sesi ceramah, bengkel interaktif, simulasi kepimpinan, dan perbincangan kumpulan yang melibatkan pelbagai aspek kepimpinan strategik dan berwawasan. Peserta akan didedahkan kepada kajian kes, senario dunia sebenar, dan latihan praktikal untuk memperkukuh kemahiran mereka. Dalam konteks globalisasi yang semakin mencabar, keperluan untuk memiliki pemimpin yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga berwawasan jauh menjadi semakin penting. Oleh itu, kursus ini telah dirancang untuk mempertingkatkan kemahiran strategik peserta dalam menghadapi cabaran masa depan dan memastikan kecekapan dalam mengelola institusi pendidikan.

Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk penganjur, urus setia, dan semua peserta yang telah menjadikan program ini sebagai platform pembelajaran yang bermakna. Kehadiran seramai 46 orang peserta yang datang dari beberapa bahagian di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) (3 orang), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) (1 orang), bahagian/pusat di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) (7 orang), politeknik-politeknik (21 orang) dan kolej-kolej komuniti (14 orang) menunjukkan kebersamaan dalam usaha memartabatkan kepimpinan pendidikan tinggi negara. Dengan semangat dan tekad yang tinggi, semua pihak diseru untuk melangkah ke hadapan dalam menerajui perubahan dan mencorak masa depan pendidikan tinggi negara. Program ini telah membuktikan kepentingan dan keberkesanan usaha kolektif dalam meningkatkan kepimpinan strategik dalam sektor pendidikan tinggi.


20 & 24 Jun 2024 

Kunjungan Hormat Persatuan Kebangsaan Ipts Bumiputera Malaysia (PKIBM) ke AKEPT

2
1
3
5


YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) pada 25 Jun 2024 (Selasa) di AKEPT, Negeri Sembilan. Delegasi PKIBM diketuai oleh YBrs. Prof. Capt. Ab. Manan Mansor, Timbalan Presiden PKIBM dan hadir bersama ialah YBrs. Dr. Ramlee Mohd Junus, Encik Mohd Adnan Rosley, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ar. Dr. Elias Salleh dan Encik Ahmad Syakir Sazili.

 

Pelbagai perkara dibincangkan dalam sesi kunjungan hormat ini antaranya latihan kepimpinan kepada pensyarah IPTS dan cadangan kolaborasi latihan kepimpinan IPTS pada masa akan datang. Pegawai AKEPT yang turut hadir bersama dalam sesi kunjungan hormat tersebut adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Bakat, Puan Hanis Huzaira binti Abd Hanan, Pendaftar AKEPT dan Pegawai-Pegawai Kanan AKEPT.

Kunjungan Hormat Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ke AKEPT

WhatsApp Image 2024 06 14 At 22.34.42 2d338099
WhatsApp Image 2024 06 14 At 22.34.42 46ae91db
WhatsApp Image 2024 06 14 At 22.34.41 Afafdcf4
WhatsApp Image 2024 06 14 At 22.34.42 022b13ef
WhatsApp Image 2024 06 14 At 22.34.42 Ee604658
WhatsApp Image 2024 06 14 At 22.34.42 Be03ba1e
WhatsApp Image 2024 06 14 At 22.34.41 48d6a2f0


14 Jun 2024 (Jumaat), AKEPT, Negeri Sembilan

Delegasi Bahagian Pendidikan Masyarakat (Penmas), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai oleh Tuan Samsul Salip, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (Penmas), SPRM telah membuat kunjungan hormat kepada YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT pada 14 Jun 2024 (Jumaat).

AKEPT dan SPRM bercadang untuk mengadakan kolaborasi bagi melaksanakan latihan kepimpinan kepada Pegawai SPRM terutama sekali dalam kemahiran komunikasi. Turut hadir dalam kunjungan hormat ini adalah Pegawai AKEPT iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Bakat dan Puan Azura binti Mat Ail, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Penyelidikan Kepimpinan dan Jangkauan Global (CRO).

Program KARISMA : Pemikir Madani

K1
K2
K7
K10
K6
K11
K3
K4
K5
K8
K9

11 Jun 2024 (Selasa) | Auditorium & Dewan Utama, AKEPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah menganjurkan Program KARISMA: PEMIKIR MADANI yang dihadiri oleh 120 orang pensyarah muda dari semua 20 Universiti Awam (UA). Program ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi membicarakan tentang peranan golongan pensyarah muda untuk menyumbang kepada kejayaan MADANI secara lebih khusus, serta mengupas dengan lebih jelas maksud kecemerlangan akademia dalam konteks MADANI.

Program ini juga telah menyajikan sesi pengisian yang disampaikan oleh Encik Mohd Kamal bin Mohd Affandi dan Puan Ekafarlina binti Saparuddin dari Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Prof. Dr. Muhammad Zainiy Uthman Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Turut hadir ke program ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman, dan Pengarah AKEPT, Prof. Dr. Harshita Aini Haroon.