Bicara Kenegaraan 2022
Pada 8 September 2022, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan program Bicara Kenegaraan 2022 dengan tema “Malaysia Teguh Bersama: Di Manakah Sumbangan Pendidikan Tinggi?”. Program berbentuk forum ini telah dilaksanakan secara fizikal bertempat di Dewan Za’ba KPT dan juga secara langsung di laman Facebook rasmi AKEPT dan UPM. Seramai 132 orang telah menyertai program ini secara hibrid, dan mendapat hampir 1500 tontonan dan 32 perkongsian melalui siaran lansung Facebook.
Program Bicara Kenegaraan tahun ini telah mengetengahkan penghayatan kemerdekaan berdasarkan latarbelakang yang berbeza bagi mendapatkan pandangan dan jangkauan mengenai aspirasi masa depan sektor pendidikan tinggi, juga menambah pendedahan pemimpin IPT di universiti, politeknik dan kolej komuniti mengenai sumbangan mereka dalam menerajui institusi dan organisasi masing-masing yang dapat memenuhi keperluan negara dan masyarakat awam dalam konteks Keluarga Malaysia. Sambutan dari kalangan pemimpin di IPT sama ada di peringkat universiti, politeknik dan kolej komuniti dan juga orang awam adalah amat baik berdasakan kepada bilangan penyertaan, pandangan dan maklum balas yang telah diterima.
Pihak AKEPT amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan pelaksanaan program Bicara Kenegaraan bagi tahun ini, peserta yang hadir di Dewan Za'ba dan secara atas talian, rakan kolaborasi, rakan kolaborasi AKEPT iaitu Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia dengan penglibatan bersama Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM, juga semua ahli jawatankuasa program.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada kesemua ahli panel iaitu Prof. Dr. Haslinda Abdullah (Pengarah, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM), Prof. Dr. Abhi Veerakumarasivam (Provost, Sunway University Malaysia), Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail (Pengarah, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) dan Saudara Muhammad Amir Firdaus Mohd Yuslin (Naib Presiden III, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan) atas kesudian masa dan berkongsi pandangan dalam program ini. Ucapan terima kasih dan tahniah juga ditujukan kepada moderator program yang berjaya mengendalikan sesi forum dengan cemerlang iaitu Dr. Zurina Abdul Ghani (Timbalan Pengarah, Pejabat Strategi dan Perubahan Institusi UIAM).
Diharapkan wacana ilimiah yang dibahaskan dalam forum ini telah sedikit sebanyak membuka minda dan memberi kesedaran terhadap kepentingan serta sumbangan para pemimpin dalam menambahbaik pendidikan tinggi negara serta usaha-usaha selepas mengecapi kemerdekaan demi terus memacu bersama keteguhan Malaysia.Pengarang Berita
-
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
-
+606-7979 400
Terkini
Events
No events |