Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Compassionate Leadership Workshop

Ditulis pada 29 July 2024

Kami dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan program "Compassionate Leadership Workshop" anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berlangsung pada 24 dan 25 Julai 2024.

Seramai 21 orang kaunselor/ pegawai hal ehwal pelajar daripada institusi pendidikan tinggi swasta telah hadir dan memberikan komitmen sepenuhnya semasa program. Terima kasih tidak terhingga kepada ahli panel dan juga jurulatih yang telah berganding bahu bersama-sama kami merealisasikan perancangan program ini. 

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan secara amnya dan urusan pekerjaan khasnya seterusnya dapat memberi impak positif kepada komuniti.