Program KARISMA : Pemikir Madani
Ditulis pada 12 June 2024
11 Jun 2024 (Selasa) | Auditorium & Dewan Utama, AKEPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah menganjurkan Program KARISMA: PEMIKIR MADANI yang dihadiri oleh 120 orang pensyarah muda dari semua 20 Universiti Awam (UA). Program ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi membicarakan tentang peranan golongan pensyarah muda untuk menyumbang kepada kejayaan MADANI secara lebih khusus, serta mengupas dengan lebih jelas maksud kecemerlangan akademia dalam konteks MADANI.
Program ini juga telah menyajikan sesi pengisian yang disampaikan oleh Encik Mohd Kamal bin Mohd Affandi dan Puan Ekafarlina binti Saparuddin dari Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Prof. Dr. Muhammad Zainiy Uthman Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Turut hadir ke program ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman, dan Pengarah AKEPT, Prof. Dr. Harshita Aini Haroon.
AKEPT
Pengarang Berita
-
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
-
+606-7979 400
Terkini
Events
No events |