Skip to main content
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman

Perbincangan Program Latihan Kepada Ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam (LPUA)

Ditulis pada 11 June 2024

Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya | 10 Jun 2024 (Isnin)

AKEPT telah mengadakan perbincangan dengan YBhg. Datuk Dr. Hamzah Kassim, Profesor Adjung, Universiti Malaya dan Pengerusi Non-Executive Director/ Independent, Hong Leong Bank pada 10 Jun 2024 (Isnin) di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya untuk membincangkan penambahbaikan bagi Program Latihan kepada Ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam (LPUA). Perbincangan ini dihadiri oleh Pegawai AKEPT yang diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT dan turut hadir bersama wakil Bahagian Governan IPTA yang diketuai oleh Encik Naim Majdi bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Governan IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).